KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : PERINDUSTRIAN

1. Cara-cara untuk memajukan bidang perindustrian di negara kita demi mencapai Wawasan 2020. Bincangkan.
2. Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Perindustrian Berat adalah dasar yang penting untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?
3. Bincangkan sumbangan industri berat dalam pembangunan negara. Konsep perindustrian dalam pembangunan negara

1 comment:

  1. 1. Sektor perindustrian memainkan fungsi utama dalam kemajuan sesebuah negara. Perkembangan industri perkilangan boleh meningkatkan gunatenaga dan mengglakkan pertumbuhan industri baru, menambahkan pendapatan negara dan memperbaiki imbangan pembayaran. Banyak usaha telah dipergiatkan demi menggerakkan jentera pembangunan perindustrian Malaysia. Langkah mempercepatkan kadar perindustrian : 1. Pelabur asing pelabur asing mempunyai modal yang kukuh, kemahiran teknologi, rangkaian pemasaran yang luas di peringkat antarabangsa. Kalau ada pelabur asing, Malaysia tidak perlu meminjam daripada sumber kewangan asing demi membuka kilang-kilang baru atau mengimport teknologi moden. Kerajaan telah memberi galakan yang lebih menarik kepada syarikat asing seperti pengecualian cukai menerusi taraf perintis, pengwujudan kawasan perdagangan bebas dan penyediaan kemudahan infrastruktur yang sempurna. 2. Pasaran yang luas. Faktor pasaran penting terhadap pembangunan industri perkilangan. Permintaan yang luas boleh mendorong pengilang untuk menambahkan pengeluaran dan memperluaskan pelaburan. Kerajaan telah menerokai pasaran baru terutamanya negara sosialis dan negara sedang membangun yang berpotensi. Menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan meyertai ekspo-ekspo antarabangsa untuk mempamerkan barangan buatan Malaysia. Contoh : Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, Pusat Dagangan Eksport Malaysia dan Pesuruhjaya Perdagangan di luar negara telah menyebarkan maklumat kepada ahli-ahli perniagaan di luar negara. 3. Penyediaan tenaga buruh mahir. Tenaga buruh yang mahir penting untuk memajukan proses perindustrian. Tahap kepakaran yang tinggi dapat meningkatkan daya produktiviti dan meminimunkan kos pengeluaran dan meninggikan kualiti barangan yang dihasilkan. Kerajaan telah menubuhkan banyak intitusi pengajian tinggi dan pusat latihan teknikal, seperti Universiti Teknologi Malaysia dan Institut Kemahiran MARA untuk melatih dan melahirkan tenaga pekerja mahir dan yang mempunyai semangat keusahawanan yang sesuai dengan keperluan pembangunan sektor perindustrian. 4. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Dalam usaha membolehkan barangan buatan Malaysia mendapat sokongan dan menembusi pasaran antarabangsa, kerajaan dan pengusaha haruslah meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan. Kita dapat memperkenalkan teknik pengeluaran baru yang sesuai demi meninggikan daya produktiviti dan keupayaan persaingan untuk barangan tempatan di pasaran asing. Pengeluaran barangan yang bermutu tinggi dan murah akan mendapat perhatian para pengguna. Institusi penyelidikan penrindustrian seperti SIRIM dapat mengawal barang-barang pembuatan yang berkualiti. 5. Kestabilan politik. Mewujudkan iklim pelaburan yang menggalakkan. Semua orang Semua orang perlu berganding bahu demi melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan mesra. Usahawan barulah berani menanam modal dan memperluaskan aktiviti perkilangan mereka. Gangguan politik dan masalah ketenteraman boleh mengagalkan projek pembangunan sesebuah negara. Sekiranya sesebuah negara itu sentiasa mengalami masalah perkauman dan krisis mogok yang berleluasa, ini akan menjejaskan pembangunan negara. Masalah ini akan mengakibatkan ramai pelabur asing dan pemodal tempatan beralih ke negara- negara yang lebih stabil demi menjamin keuntungan pelaburan mereka.

    ReplyDelete