Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban
Saturday, August 29, 2009
SOALAN DAN JAWAPAN : TOL LEBUH RAYA
1. Untuk membantu pembiayaan kos pembinaan lebuh raya, maka pengguna jalan raya dikenakan bayaran tol. Apakah kebaikan dan keburukan yang timbul dengan sistem pembayaran tol itu ?
Intro : 1. Bayaran tol di lebuh raya boleh mengurangkan beban kerajaan yang berbelanja berjuta-juta ringgit Malaysia untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Malaysia. Lebuh raya yang mengenakan tol ialah seperti di Changkat Jering di Perak.
Kebaikan : 1. Membantu pembiayaan jalan raya lain. Wang yang dikutip boleh disalurkan untuk membina jalan raya yang lain. Dengan demikian pembayar tol dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Mengurangkan beban kerajaan selaras dengan kemajuan industri kenderaan di Malaysia. 2. Jalan raya lebih selesa. Jalan raya yang dikenakan tol dibina dengan begitu baik dan selesa. Jalan-jalan itu lurus dan senang mengendalikan kereta. Petrol yang digunakan juga boleh dijimatkan. Jalan itu luas dan tidak susah untuk mengendalikan kereta yang dipandu. 3. Masa perjalanan dapat dijimatkan. Orang ramai tidak perlu membuang masa untuk ke sesuatu tempat walau pun terpaksa membayar tol. Contohnya, perjalanan yang biasanya memakan masa selama lapan jam iaitu dari Butterworth ke Kuala Lumpur kini boleh sampai dengan empat jam sahaja. Ini boleh menjimatkan masa dan keselesaan memandu. 4. Keselamatan lebih terjamin. Lorong dua hala boleh mengurangkan kemalangan jalan raya. Ciri-ciri keselamatan lain seperti pondok telefon kecemasan yang disediakan oleh pembinaan jalan. Lorong- lorong yang dibina itu amat selesa dan ini boleh mengelakkan kemalangan jalan raya seperti jalan-jalan lama yang digunakan. Jalan lama menyusahkan pemotong kereta dan lori. Lori yang lambat perjalanannya ini boleh menyebabkan keselesaan pemandu.
Keburukan : 1. Membebankan para pengguna Mereka terpaksa membayar tol dan membayar cukai jalan. Ini cukup membebankan para pengguna. Mereka yang tinggal di Butterwoth dan bekerja di pulau Pinang dikehendaki membuat bayaran bulanan yang bernilai lebih kurang RM 260.00 sebulan. Wang ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan perkara lain untuk keluarganya. 2. Menimbulkan kesesakan di pondok pembayaran tol. Tol Jalan Kucing, Kuala Lumpur telah menimbulkan masalah ini. Pengguna tidak menyediakan wang kecil yang secukupnya dan perlu menunggu pertukaran wang akan diberikan pengutip tol. Ini akan memakan masa yang lama. Katakan setiap pemandu menggunakan masa 3 minit untuk membereskan bayaran, maka 50 kereta akan memakan masa sebanyak 150 minit. Ini yang dikatakan kesesakan. 3. Tidak adil kepada pengguna tertentu. Mereka teras membayar dua kali. Cukai Jalan dibayar, kemudian tol pula perlu dibayar. Oleh itu, kita akan berfikir wang cukai jalan digunakan untuk apa. Mereka yang tidak menggunakan lebuh raya tidak perlu bayar. Maka, pada suatu hari nanti apabila kerajaan tidak lagi menerima tol orang-orang ini dikecualikan daripada bayaran dan dapat menikmati lebuh raya secara percuma. Kesimpulan : Pengenaan tol ada baik buruknya kepada pengguna. Bergantunglah kepada kebijaksanaan mereka untuk menggunakan pintu tol.
Intro :
ReplyDelete1. Bayaran tol di lebuh raya boleh mengurangkan beban kerajaan yang berbelanja berjuta-juta ringgit Malaysia untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Malaysia. Lebuh raya yang mengenakan tol ialah seperti di Changkat Jering di Perak.
Kebaikan :
1. Membantu pembiayaan jalan raya lain. Wang yang dikutip boleh disalurkan untuk membina jalan raya yang lain. Dengan demikian pembayar tol dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Mengurangkan beban kerajaan selaras dengan kemajuan industri kenderaan di Malaysia.
2. Jalan raya lebih selesa. Jalan raya yang dikenakan tol dibina dengan begitu baik dan selesa. Jalan-jalan itu lurus dan senang mengendalikan kereta. Petrol yang digunakan juga boleh dijimatkan. Jalan itu luas dan tidak susah untuk mengendalikan kereta yang dipandu.
3. Masa perjalanan dapat dijimatkan. Orang ramai tidak perlu membuang masa untuk ke sesuatu tempat walau pun terpaksa membayar tol. Contohnya, perjalanan yang biasanya memakan masa selama lapan jam iaitu dari Butterworth ke Kuala Lumpur kini boleh sampai dengan empat jam sahaja. Ini boleh menjimatkan masa dan keselesaan memandu.
4. Keselamatan lebih terjamin. Lorong dua hala boleh mengurangkan kemalangan jalan raya. Ciri-ciri keselamatan lain seperti pondok telefon kecemasan yang disediakan oleh pembinaan jalan. Lorong- lorong yang dibina itu amat selesa dan ini boleh mengelakkan kemalangan jalan raya seperti jalan-jalan lama yang digunakan. Jalan lama menyusahkan pemotong kereta dan lori. Lori yang lambat perjalanannya ini boleh menyebabkan keselesaan pemandu.
Keburukan :
ReplyDelete1. Membebankan para pengguna Mereka terpaksa membayar tol dan membayar cukai jalan. Ini cukup membebankan para pengguna. Mereka yang tinggal di Butterwoth dan bekerja di pulau Pinang dikehendaki membuat bayaran bulanan yang bernilai lebih kurang RM 260.00 sebulan. Wang ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan perkara lain untuk keluarganya.
2. Menimbulkan kesesakan di pondok pembayaran tol. Tol Jalan Kucing, Kuala Lumpur telah menimbulkan masalah ini. Pengguna tidak menyediakan wang kecil yang secukupnya dan perlu menunggu pertukaran wang akan diberikan pengutip tol. Ini akan memakan masa yang lama. Katakan setiap pemandu menggunakan masa 3 minit untuk membereskan bayaran, maka 50 kereta akan memakan masa sebanyak 150 minit. Ini yang dikatakan kesesakan.
3. Tidak adil kepada pengguna tertentu. Mereka teras membayar dua kali. Cukai Jalan dibayar, kemudian tol pula perlu dibayar. Oleh itu, kita akan berfikir wang cukai jalan digunakan untuk apa. Mereka yang tidak menggunakan lebuh raya tidak perlu bayar. Maka, pada suatu hari nanti apabila kerajaan tidak lagi menerima tol orang-orang ini dikecualikan daripada bayaran dan dapat menikmati lebuh raya secara percuma. Kesimpulan : Pengenaan tol ada baik buruknya kepada pengguna. Bergantunglah kepada kebijaksanaan mereka untuk menggunakan pintu tol.
apakah kepentingan berhenti rehat dan pemandu memandu dalam keadaan yang sihat ?
ReplyDelete