KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : SUMBANGAN PENDIDIKAN SWASTA

1. Tiap-tiap tahun, bilangan lepasan SPM dan STPM yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan masing-masing semakin bertambah. Peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi belum terjamin memandangkan kemampuan universiti tempatan mengambil pelajar-pelajar adalah terhad. Baru-baru ini, banyak kolej swasta telah menjalankan program ‘Universiti Berkembar’ dengan universiti luar negeri untuk membantu mereka yang gagal melanjutkan pelajaran di negara kita. Sejauh manakah program Universiti berkembar ini dapat membawa kebaikan terhadap perkembangan Pendidikan Negara.

6 comments:

  1. Intro : 1. Menampung lebih ramai pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran. Pertambahan bilangan pelajar yang lulus peperiksaan sama ada di peringkat SPM dan STPM adalah jelas. Tiap-tiap universiti yang ada di negara ini hanya berupaya untuk menerima sekitar 2000 hingga 3300 orang pelajar pada setiap sessi pengambilan. Pelajar- pelajar ini sekurang-kurangnya dapat mencapai hasrat mereka untuk dipanggil graduan. Dengan sumber manusia sedemikian kita dapat membantu kerajaan mencapai Wawasan 2020.

    Kebaikan : 1. Untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran. Program universiti berkembar di antara kolej-kolej swasta tempatan dengan universiti-universiti luar negeri telah membantu rakyat mencapai hasrat mereka. Penubuhan dan perkembangan program yang seumpama ini telah membuka jalan kepada sebilangan pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Peluang-peluang ini telah menyebabkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

    2. Melanjutkan pelajaran di dalam negeri. Corak pengendalian dan pengajarannya berlangsung di negara ini. Keadaan ini adalah sesuai untuk rakyat kerana mereka tidak perlu membeli pakaian tebal, membawa makanan sambal belacan, periuk dan sebagainya. Cara kehidupan dan kebudayaan orang-orang tempatan adalah lebih sesuai dan ini adalah satu kebaikan program berkembar. Program seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan masyarakat tempatan naumun kita harus menimbangkan beberapa aspek kebaikan serta keburukan akibat daripada program tersebut. ini adalah satu kebaikan program berkembar. Program seperti ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan masyarakat tempatan. Namun kita harus menimbangkan beberapa aspek kebaikan serta keburukan akibat daripada program tersebut.

    ReplyDelete
  2. Sambungan ....

    3. Yuran pembelajaran yang tinggi. Perbelanjaan penduduk dalam negeri ternyata tinggi kerana kolej-kolej ini mengenakan yuran yang tinggi bagi kursus-kursus yang dikendalikan. Penduduk di negara kita masih ramai yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka kerana kemiskinan. Mereka tidak mendapat biasiswa kerana kolej-kolej ini adalah kolej swasta. Kolej-kolej swasta ini lebih mementing keuntungan semata-mata. Mereka tidak berapa berminat membaiki kualiti pendidikan pelajar.

    Kesimpulan : 1. Semasa meluluskan permit kolej swasta ini untuk mengadakan program berkembar, kerajaan haruslah berhati- hati dengan kelemahan yang wujud. Ini demi menjaga kualiti pendidikan yang ditawarkan.

    ReplyDelete
  3. 1. Definisi : Sektor swasta memberi sumbangan yang positif untuk memajukan pendidikan bagi mencapai WAWASAN 2020. Swasta menubuhkan sekolah, pusat akademik, kolej profesional, pusat bimbingan dan sebagainya untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan pendidikan di Malaysia. Contoh : Kolej Sunway, Pusat Bimbingan Tanjung, Kolej Stamford dan Kolej Tuanku Abd. Rahman.

    2. Kabaikan / Peranan pendidikan swasta :

    (a) Memberi peluang pendidikan yang lebih luas dan melanjutkan pelajaran. Mereka yang gagal peperiksaan, tidak berjaya ke universiti dan memilih kursus mengikut cita rasa sendiri akan ke sekolah swasta. Sekolah swasta mempunyai syarat kemasukan yang lebih longgar seperti had umur dan kelulusan minima. Boleh mengatasi masalah psikologi pelajar yang gagal dan mereka belum bersedia untuk berdikari.

    (b) Pertukaran wang asing dapat dijimatkan. Tidak perlu membayar lebih kerana belajar di dalam negeri. Bayaran yuran yang rendah dan perbelanjaan harian yang murah. Tempat tinggal dan makan boleh dijimatkan. Nilai mata wang yang rendah dibandingkan dengan nilai mata wang yang lebih tinggi di luar negeri. Berpuluh-puluh ribu pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana universiti tempatan tidak menawarkan tempat yang mencukupi. Membawa kesan ekonomi yang negatif.

    (c) Pembangunan keusahawanan dan kepakaran teknologi. Menawarkan banyak pilihan kursus. Ada yang bercorak profesional juga. Contoh : Kejuruteraan, Perakaunan,Perhotelan, Jahitan, Masakan, Sistem Bank, Perhiasan dan sebagainya. Pelajar boleh memilih subjek yang diminati oleh mereka. Membantu kerajaan menyediakan tenaga kerja yang produktif, mahir, berilmu dan berpengetahuan untuk menyumbangkan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Meningkatkan kemahiran sumber manusia dan membantu kerajaan ke arah perindustrian yang maju. Menyediakan pelajar-pelajar bagi peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry dan Institute of Chartered Management and Accountancy.

    (d) Teknik pembelajaran yang berkesan. Menyediakan pendidikan yang bermutu. Kelas kecil dikelolakan dengan berhawa dingin. Lebih ekslusif dan mengikut sistem yang paling muktahir. Mungkin menggunakan muzik bagi menenteramkan suasana pembalajaran yang lebih tenang. Mempunyai modal yang besar dan mampu menyediakan kemudahan pengajaran pembelajaran yang serba lengkap. Menyediakan sistem pentadbiran yang berkesan dan profesional. Guru dan pensyarah yang berkaliber akan dijemput untuk mengajar. Mereka mempunyai kelayakan yang tinggi. Sentiasa menganjur seminar yang bermutu untuk membantu pelajar menyediakan diri untuk peperiksaan. Contoh : Kursus bahasa Inggeris untuk peperiksaan Toefl dan A Levels.

    ReplyDelete
  4. (e) Kegiatan ekonomi yang berpotensi. Untuk kemajuan ekonomi yang pesat, pendidikan yang bertaraf tinggi adalah penting untuk mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, syarikat-syarikat besar telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk projek pendidikan. Untuk meningkatkan taraf profesionalme dengan menawarkan kursus-kursus yang baik demi manarik pelajar dan mengaut keuntungan. Contoh : MBF Holdings memiliki Kolej Taylor. Kursus Kembar (Twinning) dengan universiti terkemuka di dunia antarabangsa amat popular.

    3. Keburukan pendidikan swasta :

    (a) Mungkin tidak mengikut falsafah pendidikan dengan 100%. Mereka terpaksa menyelewengan sedikit untuk menarik minat pembelajaran.

    (b) Terlalu mementingkan keuntungan – bayaran yuran tinggi – orang kaya sahaja yang mampu. Ini disebabkan matlamat akhir sektor swasta ialah mencapai keuntungan maksima. Tiada ciri kebajikan wujud dalam perniagaan.

    (c) Wujudnya penyelewengan – Sekolah swasta tutup kalau rugi. Pelajar-pelajar yang ada terpaksa diberhentikan. Ini akan menyebabkan masalah kepada pelajar dan mereka terasa ditipu. Mengiklankan tentang kehandalan sekolah swasta tetapi pada hakikatnya tidak sebegitu.

    (d) Kelayakan tenaga pengajar diragui kemampuan mereka. Adakah guru sekolah-sekolah swasta terlatih ? Mampu mereka menegaskan disiplin dan menguatkuasakan peraturan sekolah dengan adil dan berkesan.

    4. Kesimpulan : (a) Kementerian pendidikan haruslah menyalurkan bantuan dan menyusun cara untuk mengawal pengurusan sekolah swasta supaya selaras dengan matlamat falsafah negara.

    ReplyDelete
  5. ada x rujukan??? mana dapat isi ni?? nak tahu buku apa yag dipakai...

    ReplyDelete
  6. boleh x bagi tahu apa rujukan buku yang diguna..

    ReplyDelete