KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : KUALITI SISWAZAH

1. Baru-baru ini ahli-ahli masyarakat sering mempersoalkan kecemerlangan universiti tempatan. Mereka berpendapat kualiti siswazah yang dilahirkan kurang bermutu. Mereka juga meragui kemampuan tenaga pengajar. Bincangkan sebab-sebab kemerosotan kecemerlangan ilmiah di universiti-universiti tempatan.

1 comment:

  1. 1. Kini, sering dinyatakan di dalam akhbar tempatan tentang masalah para pensyarah di universiti yang menuntut agar skim gaji dan perhidmatan mereka dikaji semula supaya selaras dengan kerjaya mereka.

    2. Benarkah masalah ini memberi kesan langsung terhadap kemerosotan kecemerlangan universiti ? Masyarakat umum menganggapi kemerosotan mutu akademik para graduan sebagai berpunca daripada kemerosotan dedikasi dan kualiti pengajaran para pensyarah.

    Punca : 1. Faktor sejarah Faktor-faktor kemerosotan ini dapat disorot melalui beberapa perkembangan pada masa-masa lalu. Misalnya, walaupun wujud tradisi kecemerlangan di universiti-universiti negara ini, penubuhannya lebih terdorong olehpermintaan untuk mengeluarkan tenaga mahir yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi, politik dan sosial negara. Penubuhannya bujanlah berdasarkankomitmen yang penuh untuk mencapai kebenaran dan ilmu pengetahuan semata-mata.

    2. Sindrom ijazah dan diplomaSecara evolusi timbullah suatu kesan negatif di kalangan para penuntut universiti yang dikenali sebagai `sindrom diploma dan ijazah’. Dalam hal ini, rata-rata pelajar yang berjaya menyambung pelajaran di universiti bercita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Aspek ilmu pengetahuan diletakkan selepas cita-cita utama tersebut. Oleh yang demikian, ada kalanya universiti-universiti seperti ini disebut sebagai sekolah tinggi.

    3. Campur tangan pihak pemerintah Campur tangan pihak pemerintah dalam urusan pentadbiran universiti juga berperanan dalam menimbulkan keresahan di kalangan para ilmuan. Misalnya, pengawalan universiti oleh satu majlis yang dilantik oleh kerajaan. Para wakil dalam majlis tersebut diberi kuasa untuk menentukan hala cara dan peranan bidang akademik. Hal ini menjadikan universiti seolah-olah suatu lanjutan daripada sebuah jabatan kerajaan. Hal inilah yang berlaku di universiti- universiti tempatan.

    4. Perlantikan pegawai utama universiti Begitulah juga halnya dengan perlantikan pegawai-pegawai utama universiti yang ditentukan oleh pertimbangan politik dan ketaatan kepada ketua mereka. Perlantikan tersebut bukanlah berdasarkan kepada kajaguhan akademik,kecekapan mentadbir atau kekananan perhidamatan. sejajar dengan hal ini, para tenaga akademik dikawal oleh Peraturan Tatakelakuan Kakitangan Akademik dan diberi gaji berdasarkan tangga gaji pegawai perhidmatan awam.

    5. Kehilangan minat pengajar Implikasi yang timbul daripada hal tersebut ialah para tenaga akademik mula kehilangan minat terhadap tugas pengajaran dan penyelidikan yang dapat mempertahankan kecemerlangan akademik dan kewibawaan mereka sebagai golongan intelek. Ramai pensyarah yang berlumba-lumba untuk merebut pelbagai jawatan pentadbiran yang dapat menjanjikan pendapatan yang lebih. Mereka mulai patuh kepada pentadbiran dan menjalankan tugas sebagai seorang birokrat, iaitu meniru cara berpakaian birokrat, bekerja mengikut waktu pejabat, malah ada yang membataskan peranan masing-masing kepada mengajar di bilik kuliah ibarat guru sekolah tanpa mengambil berat kerja-kerja penyelidikan.

    Kesimpulan : 1. Kita perlu memperbaiki keadaan tersebut. Jawatankuasa khas harus dilantik bagi merintis jalan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan akademik sebagai tradisi kecemerlangan universiti. Kita harus ke arah mencapai dan menjadi sebuah universiti seperti “Harvard University” atau “Cambridge University” di Amerika dan England.

    ReplyDelete