1. Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan pelaburan asing.
2. Pelaburan asing bantu mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara. Sejauh manakah pelaburan asing dapat membawa kebaikan terhadap pembangunan negara ?.
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konsep ekonomi dan pelaburan :
ReplyDelete1. Kemelesetan ekonomi dunia yang serius telah menimbulkan beberapa implikasi negatif terhadap negara. Pertumbuhan ekonomi yang lembab telah mengakibatkan pengganguran, kejatuhan eksport dan menambahkan hutang negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai pendekatan baru demi menarik kemasukan pelaburan asing agar dapat membawa manfaat ke arah mempercepatkan kemajuan negara.
2. Pelaburan asing merupakan nadi penggerak ke arah pembangunan negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing dapat menambahkan pendapatan negara, meningkatkan gunatenaga dan mempercepatkan pemindahan teknologi dan kepakaran ke dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini.
Sumbangan pelaburan asing :
1. Teknologi muktahir. Membolehkan pemindahan teknologi moden ke negara ini. Malaysia masih kekurangan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek latihan dan penyelidikan demi mencapai teknologi moden. Masalah ini merupakan satu penghalang yang menyekat kemajuan sektor perindustrian. Pelabur- pelabur asing akan membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga profesional yang pakar dan produktif. Mereka juga akan melaksanakan pelbagai program untuk melatih buruh tempatan demi mengembangkan pengetahuan kepakaran agar pekerja-pekerja tempatan dapat diserapkan ke dalam projek pelaburan mereka. Contohnya, projek mencarigali minyak di Terengganu.
2. Gunatenaga yang mahir. Matlamat utama kerajaan menggalakkan pelaburan asing ialah untuk meningkatkan gunatenaga dan mengurangkan kadar pengganguran negara. Apabila pelaburan asing bertambah, banyak kilang baru akan didirikan. Dalam usaha menjayakan projek ini, negara kita memerlukan banyak tenaga buruh. Maka wujudlah peluang pekerjaan yang lebih banyak. Perkembangan ini memberi kesempatan kepada para penganggur untuk mendapatkan pekerjaan dalam kilang- kilang tersebut.
3. Pendapatan negara bertambah. Pengaliran wang ke luar negeri akan berkurangan kerana banyak barangan import telah digantikan dengan barangan tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah. Kemudian bahan mentah ini diproses menjadi barangan siap dan dijual semula semula ke negara ini dengan harga yang lebih tinggi. Kemasukan pelaburan asing membolehkan banyak modal dan kepakaran disalurkan ke kilang-kilang perusahaan tempatan. Bahan-bahan tempatan boleh diproses oleh kilang-kilang di negara ini. Dengan cara ini, harga dan penggunaan bahan mentah tempatan lebih terjamin.
4. Menyelesaikan hutang negara. Sumber kewangan dalam projek-projek pelaburan asing itu merupakan modal pelaburan yang tidak perlu dibayar balik. Dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi dan memajukan taraf hidup rakyat, pihak kerajaan banyak meminjam daripada intitusi kewangan asing sehingga menyebabkan hutang negara mencapai 45 billion ringgit pada tahun 1989. Ini merupakan perkembangan yang kurang sihat kerana setiap tahun negara kita terpaksa membayar balik sejumlah besar hutang tersebut ke luar negeri.
ReplyDelete5. Pembangunan infrastruktur. Kemudahan asas yang sempurna merupakan nadi utama untuk mempergiatkan pembangunan perindustrian. Justeru itu, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kemudahan elektrik dan air, di samping sistem pengangkutan yang baik demi menarik dan menjayakan projek pelaburan asing. Pelabur-pelabur asing sendiri juga akan menyediakan kemudahan rekreasi dan tempat kediaman untuk para pekerja. Penyediaan perhidmatan sosial ini akan meninggikan taraf hidup sosial rakyat negara ini. Contoh : Jalan Sultan Azlan Shah telah dibina untuk memudahkan haluan kilang-kilang di Bayan Lepas dan Bayan Baru di Pulau Pinang.
Langkah :
ReplyDelete1. Skim galakan. Merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat- syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat menarik pera pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing.
2. Rombongan penggalakan pelaburan. Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke luar negeri adalah langkah yang wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Sejak bulan Mei 1987, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri telah mengetuai banyak rombongan penggalakan ke luar negeri. Untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia melalui seminar pelaburan, mesyuarat serta laporan media massa. Maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lambaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di luar negeri dan kedutaan asing. Langkah ini dapat memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru kerajaan dan galakan serta peluang pelaburan kepada bakal pelabur asing. Ini akan menimbulkan minat di kalangan pengusaha asing dan memandang Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menguntungkan.
3. Tapak perindustrian. Kawasan perindustrian yang sesuai dan kemudahan infrstruktur yang sempurna mustahak untuk menjayakan sesuatu projek pelaburan asing. Dalam usaha menarik pelabur asing, tapak perusahaan yang strategik telah dipilih untuk dimajukan sebagai kawasan perusahaan. Kerajaan juga perlu memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan kemudahan elektrik dan bekalan air, di samping memperbaiki sistem pengangkutan di kawasan perindustrian tersebut demi menjayakan projek pelaburan asing. Contohnya, Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Butterworth di Pulau Pinang dan Kawasan Perindustrian Shah Alam, Selangor. Dengan adanya kemudahan infrastruktur yang lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan mereka di sini kerana boleh menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan.
ReplyDelete4. Teknologi dan kemahiran. Kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan kecekapan tenaga buruh dan mempergiatkan program penyelidikan dan pembangunan untuk memperkenalkan teknik pengeluaran moden. Daya produktiviti yang tinggi bukan sahaja menjimatkan kos penghasilan, bahkan memaksimunkan keuntungan sesuatu projek pelaburan. Ini memang sesuai dengan hasrat pelabur asing untuk meningkatkan keuntungan. Dengan usaha ini, pelabur asing tertarik untuk melabur di Malaysia kerana terdapatnya tenaga pekerja yang mahir serta tingkat teknologi yang tinggi.
5. Keyakinan pelabur asing. Kestabilan politik merupakan faktor utama untuk menggalakkan pelaburan asing. Jika sesebuah negara iru sentiasa mengalami pergolakan politik akan menjejaskan keyakinan para pelabur kerana modal dan keselamatan mereka akan terancam. Masalah ini akan menyebabkan ramai pelabur asing beralih ke negara-negara yang lebih stabil. Yang demikian, segala perjuangan politik yang keterlaluan harus dielakkan demi melahirkan sebuah negara yang aman, damai dan harmoni agar usahawan asing berani menanam modal di negara ini. Kerajaan juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan negara-negara asing. Matlamatnya ialah untuk memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia tidak memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara ini. Perjanjian ini akan menambahkan keyakinan pelabur asing dan mengglakkan kemasukan modal asing ke negara ini.
Keburukan :
ReplyDelete1. Persaingan dengan pelabur-pelabur tempatan. Mereka dianaktirikan dan tidak mendapat tender-tender yang sepatutnya mereka usahakan. Tidak dapat bertanding dengan pelabur asing yang berteknologi canggih dan bermodal lumayan. Barangan baru yang dihasilkan tidak dapat dikeluarkan oleh pelabur tempatan.
2. Tiada pemindahan teknologi. Mereka membawa kepakaran dan kakitangan sendiri. Merugikan negara kita kerana ini adalah harapan negara. Mereka lebih mengutamakan keuntungan menyebarkan pengetahuan baru. Hanya membawa wang keluar dari Malaysia.
3. Pencemaran. Masalah ini akan berlaku daripada segi air, udara dan alam sekitar. Ini bertentangan dengan konsep untuk hidup dalam alam yang bersih. Dengan pembukaan kilang-kilang baru, hutan diterokai dan pokok ditebang untuk tujuan tersebut. Ini telah merosakkan sistem eko-sistem dan ekologi alam sekitar. Asap yang keluar dan sisa-sisa buangan kilang mencemarkan laut, sungai dan udara yang bersih.
4. Kebudayaan kuning dan asing. Ini bertentangan dengan kebudayaan yang lebih halus di negara kita. Adat, cara hidup, tarian, seni, lagu dan agama dipengaruhi oleh pelabur-pelabur asing. Ini kerana masyarakat lebih mendewakan kebudayaan mereka yang dianggap kompleks dan “sophisticated”. Ini secara tidak langsung telah mencemarkan hubungan kekeluargaan orang- orang Asia. Semangat kejiranan juga merosot. 5. Penjajahan ekonomi asing. Ini amat membahayakan kerana pelabur-pelabur asing ini boleh menyebabkan kita terlalu bergantungan kepada mereka. Tanpa pelabur asing kedudukan ekonomi negara kta akan terjejas dan menjadi tidak stabil. Contoh : Sekiranya Amerika Syarikat menarik balik GSP, banyak kilang elektronik akan tutup. Ini boleh mengakibatkan ramai pekerja kilang elektronik menganggur dan menggugat kestabilan ekonomi negara kita.
terima kasih atas perkongsian...sy amat memerlukan maklumat nie,....
ReplyDeleteterima kasih cikgu.
ReplyDeletemaklumat ini amat
berguna untuk saya .
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih cikgu.
ReplyDeletekarangan dan hasil buah fikiran cikgu banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan sekolah.
:D
Terima kasih, cikgu! Sekarang saya dah boleh siapkan karangan. Yeay! Anis Syazana? Hahaaaa kita jumpa karangan yang sama ye, adoi
ReplyDeletethnks 4 da info...
ReplyDeleteini sgt membantu...tq cikgu
ReplyDeletecikgu,,,stress la pikir karangan pengajian am..amacam ehh??
ReplyDeleteterima kasih atas isi di atas!
ReplyDeletesalam. cikgu boleh saya tahu 'GSP' dalam isi ke enam keburukan pelabur asing tu apa?.
ReplyDeleteTerima kasih.
Assalamualikum ! Terima kasih cikgu di atas perkongsian ilmu itu cikgu ! Saya amat menghargai perkongsian ilmu Cikgu ! :D
ReplyDeleteTerimakasih atas perkongsian..
ReplyDeleteterima kasih, semoga diberkati
ReplyDelete