1. Industri kraftangan semakin popular. Ini kerana kraftangan merupakan satu aktiviti ekonomi penting terutama di luar bandar. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk memajukan industri di Malaysia.
2. Industri kraftangan menghadapi banyak masalah. Bincangkan masalah yang dihadapi oleh industri ini dan cadangkan cara-cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konsep : 1. Perusahaan kraftangan yang dikendalikan oleh penduduk tempatan. Satu bentuk perusahaan yang menggunakan kemahiran dan kecekapan anggota badan untuk mengeluarkan hasil daripada bahan-bahan tempatan seperti kayu, buluh,rotan, mengkuang dan tanah liat di samping penggunaan bahan-bahan yang telah diproses seperti perak, tembaga,besi dan kain. 2. Hasil pengeluaran ini berupa tongkat, bakul, raga, tikar,dulang, cawan, periuk, keris, batik, songket atau lain-lain seumpamanya. Barang-barang ini boleh digunakan sebagai alat keperluan harian, perhiasan, pakaian dan sebagainya.
ReplyDeleteMasalah : 1. Perusahaan yang berbentuk keluarga sahaja.Kemahirannya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Mereka menjalankan kegiatan ini sebagai usaha sampingan. Tidak dipentingkan oleh mereka yang terlibat. Contoh : perusahaan-perusahaan membuat batik, songket, bahan-bahan perak dan tembaga di Kelantan dan Terengganu, perusahaan tekat-menekat di Perak dan perusahaan membuat tembikar daripada tanah liat di Sarawak.
2. Perusahaan ini tinggal dalam keadaan yang mundur.Golongan muda-mudi kurang berminat untuk meneruskan kegiatan ekonomi keluarga ini. Sebaliknya dengan taraf yang dimiliki serta nilai-nilai sosial yang berubah, mereka lebih cenderung untuk bekerja di sektor-sektor yang lebih moden. Maka golongan tua atau yang tidak berpelajaran terpaksa meneruskan usaha tersebut dengan daya pengeluaran yang lembab dan mutu yang rendah. Ini ditambah pula dengan ketiadaan modal yang secukupnya untuk memajukan perusahaan tersebut. Keadaan ini bertambah tergugatnya kedudukan mereka apabila adanya persaingan yang hebat dengan barang-barang tiruan sama ada yang diproses dalam negeri mahupun yang diimport. Contoh : dalam perusahaan batik.
3. Masalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Masalah-masalah itu ialah pengawalan mutu, daya pengeluaran, pengurusan, penggunaan bahan-bahan mentah, tenaga kerja yang mahir, modal dan pengeluaran barangan yang bermutu tinggi. Kebanyakan hasil kraftangan ini dijual dengan harga yang tidak sama. Ini menyebabkan orang ramai tidak mempercayai penjual dan mereka tidak berani membeli hasil kraftangan terutama pelancong.
Sambungan .....
ReplyDeleteLangkah : 1. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan kerajaan.Badan ini telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan untuk memenuhi objektif-objektif tersebut. Mengadakan program-program latihan dalam berbagai-bagai aspek pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran kepada para pengusaha dan bakal pengusaha. Matlamatnya untuk membantu meningkatkan hasil pengeluaran dan mutu barangan kraftangan negara ini. Bertujuan untuk memajukan, menggalakkan dan mempergiatkan pertukangan kraftangan ke arah mewujudkan kegiatan usahawan yang teguh dan kukuh. Membuka pusat latihan dan melatih para belia dan beliawanis yang berminat. Memberi perhidmatan bimbingan dan teknikal dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan teknik pengeluaran baru, kawalan mutu, pasaran dan beberapa aspek yang berkaitan. Hasil kraftangan ini dijual kepada pihak KEMAS untuk dinilai sebelum dihantar ke gerai-gerai Karyaneka di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, kedai-kedai Perbadanan Pelancongan, hotel-hotel dan sebagainya.
2. Pasaran diperluaskan dan program latihan.Langkah tegas yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan dengan segera. Kerajaan perlu mewujudkan pasaran yang lebih luas di samping meningkatkan lagi program latihan yang lebih intensi dalam aspek-aspek pengurusan, pengeluaran dan kawalan mutu. Kerajaan hendaklah juga menubuhkan pusat-pusat perusahaan tangan yang berpotensi di kawasan-kawasan desa dengan berdasarkan kemudahan- kemudahan yang ada seperti bahan asli, minat penduduk dan bakat yang ada di kalangan mereka. Sejajar dengan ini, pusat-pusat latihan yang berkenaan harus diperluaskan dan diperlengkapkan. Kemudahan-kemudahan ini hendaklah pula disusuli dengan bantuan kredit, khidmat nasihat termasuk yang berhubung dengan pengawalan mutu dan pemasaran.
3. PKKM telah membuat penyelidikan tentang pemasaran,kemajuan pengeluaran, harga, pembungkusan, pengedaran dan usaha untuk meningkatkan mutu hasil ciptaan kraftangan. Untuk mempertingkatkan usaha ini PKKM perlu bekerja keras dan mengambil langkah untuk menjamin hasil kraftangan negara ini memenuhi permintaan dari dalam negeri dan luar negeri.
4. Majlis Amanah Rakyat atau MARA dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah memberi kemudahan bagi mendapatkan sumber kewangan secara pinjaman untuk mengatasi masalah kewangan dan khidmat nasihat. Pihak pemasaran telah dihantar ke luar negeri untuk memperkenalkan hasil kraftangan kita. Tujuannya supaya negara-negara maju dapat memberi sumbangan baik dari segi modal, teknik ataupun kepakaran. Perbadanan Kraftangan mengharapkan negara-negara maju akan menawarkan projek-projek usahasama dengan pengusaha tempatan untuk memajukan industri kraftangan negara ini.
5. Pengusaha-pengusaha kraftangan tempatan perlulah berani dan bersedia menghadapi saingan daripada pengusaha-pengusaha luar. Para pengusaha mestilah bersikap positif,dinamik dan terbuka untuk pembaharuan dalam pengeluaran barangan kraftangan. Kejayaannya bukan sahaja dari segi komersial malahan dari segi kemajuan negara. Syarikat korporat juga digalakkan untuk berkecimpung dalam industri kraftangan dengan menanam modal bagi membina kilang kraftangan. Kesimpulan : 1. Kerajaan bukan sahaja akan dapat membantu para pengusaha dan penduduk desa menambahkan pendapatan dan menjamin masa depan mereka. Ini akan membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah negara pengeluar hasil kraftangan yang bermutu dan boleh menambahkan pendapatan secara keseluruhannya. Jadi, langkah ini dalam banyak hal akan merupakan satu bentuk pelaburan jangka panjang untuk faedah semua.
ade contoh peribahasa ??
ReplyDelete