1. Bahan kosmetik lebih banyak mendatangkan kesan buruk daripada kebaikan. Bincangkan.
2. Kosmetik tradisional menjamin kecantikan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut ?
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konsep kosmetik :
ReplyDelete1. Kosmetik termasuk ginju, celak, pemerah pipi, pembayang mata, bedak, losyen dan sebagainya 2. Shiseido, Sans Soucis, Avon, Fambo, Kanebo dan Amway adalah jenama-jenama kosmetik yang popular.
Keburukan kosmetik :
1. Kandungan bahan kimia yang tinggi. Setengah-setengah bahan kosmetik misalnya “pearl cream” mengandungi paras merkuri (raksa) dan logam berat plumbum yang terlalu tinggi. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf dan keracunan bila bahan ini meresap masuk ke dalam badan. Pendedahan ini dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, iaitu terdapat beberapa jenis krim muka yang boleh mencacatkan muka pemakainya. Contoh : Arche Pearl, Dragon Face Cream dan Torelo New Pearl Park. Benzoyl Per oksida yang ada dalam alat solek boleh menyebabkan penyakit kanser. Statistik : 1983, 853 orang wanita telah meninggal dunia di England kerana menghidapi penyakit kanser kulit yang digelar Melanome.
2. Pembaziran ringgit Malaysia. Pembaziran wang kerana kebanyakan kosmetik, terutamanya yang popular adalah amat mahal harganya. Ini menyebabkan ramai wanita membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk membeli barangan kosmetik. Wang itu lebih baik digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas, perbelanjaan sekolah dan menyimpan ke dalam bank.
3. Kelihatan lesu. Wanita yang selalu menggunakan kosmetik akan kelihatan lesu dan kelihatan tidak bermaya jika mereka berhenti menggunakannya. Semasa menggunakan kosmetik mereka kelihatan berseri dan matang serta cantik. Wanita akan berasa ketagih dan menggunakan kosmetik kerana tanpa kosmetik mereka akan berasa negatif dan rendah diri.
Kebaikan kosmetik :
1. Melicinkan kulit. Membersihkan kulit dan menjadikannya licin serta kurang berkedut. Contoh : Losyen pembersih, “Toner”, losyen pelembap dan sebagainya. Ini kerana alam sekitar kini selalu dicemari oleh habuk dan debu.Kita perlu selalu menjaga kebersihan kulit dengan menggunakan alat-alat kosmetik ini.
2. Sebagai daya penarik. Minyak wangi boleh membantu wanita yang mempunyai bau badan supaya tidak tersisih dan rendah diri. Boleh menarik perhatian seperti yang diiklankan oleh kosmetik “Impulse” di televisyen. Digunakan sebagai daya penarik dalam majlis atau upacara yang melibatkan bilangan orang yang ramai.
3. Kejelitaan. Membuatkan wajah wanita kelihatan lebih jelita, muda dan cantik. Kosmetik boleh menjadikan wanita kelihatan segar dan matang. Alat solek dapat menutup parut jerawat yang hodoh.
Langkah mengatasi masalah kosmetik :
ReplyDelete1. Sikap wanita tentang kosmetik perlu diubah. Mereka perlu memahami masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka perlu memahami pendidikan pengguna dan matlamatnya. Perlu mempelajari dan bersikap lebih betul dalam menguruskan perbelanjaan mereka. Amalkan sikap sederhana terhadap penggunaan kosmetik oleh wanita.
2. Tindakan Persatuan Pengguna. Misalnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang melakukan kajian dan dedahkan bahaya bahan-bahan kosmetik dalam pasaran kepada kaum wanita yang menggunakannya. International Organisation of Consumers Union (IOCU) juga perlu membuat kajian dan memaklumkan maklumat yang muktahir kepada ahli-ahlinya di seluruh dunia.
3. Tindakan kerajaan. Pemeriksaan dan analisa kandungan bahan kosmetik oleh ahli-ahli farmasi dari jabatan farmasi dan Kementerian Kesihatan. Penguatkuasaan akta dadah dan kosmetik dengan tegas, misalnya menjalankan ujian rapi terhadap semua jenama kosmetik sebelum dibenarkan penjualan. Mereka yang bersalah menjual atau membuat kosmetik merbahaya dikenakan hukuman yang berat.
4. Bantuan nasihat pakar kecantikan. Mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor atau pakar kecantikan yang berkelayakan tentang jenis alat solek atau kosmetik yang sesuai. Pakar-pakar kecantikan ini (Beautician) perlu mempunyai etika kerja dan profesion yang bermutu tinggi. Tidak boleh menipu dan terlalu mementingkan keuntungan.
5. Kosmetik cara tradisional. Menjaga kecantikan tanpa bahan kosmetik buatan kimia. Menjaga kesihatan dengan memakan makanan seimbang, sentiasa riang dan banyak bersenam. Menggunakan bahan asli (cara tradisioanal), misalnya menghaluskan muka dengan tomato – gantikan krim muka dan lain-lain bahan asli seperti telur, timun, jus lemon, minyak zaitun, madu mentah serta santan kelapa.
Thanks for the points, highly appreciate
ReplyDeleteAda contoh karangan mengenai keburukan lambakan baragan kosmetik di pasaran tak ?
ReplyDelete