KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : SUKAN

1. Bincangkan peranan sukan dalam pembangunan negara.
2. Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?.
3. Bincangkan kebaikan dan keburukan sukan.
4. Sejauh manakah alat sukan boleh meningkatkan mutu sukan ?

2 comments:

  1. Intro :
    1. Ramai orang menganggap sukan sebagai satu bentuk rekreasi dan dapat membina kesihatan kita.
    2. Aktiviti sukan merangkumi kegiatan seperti berenang, olahraga, badminton, tenis, skuasy, sepak takraw, golf, gusti, tinju dan lumba kereta.
    3. Sukan muncul sebagai satu fenomena penting di seluruh dunia. Berkembang sebagai kegiatan fizikal berorientasikan pertandingan.

    Peranan :
    1. Pembangunan sosio-budaya sesebuah masyarakat. Penglibatan individu dalam sukan merupakan alat yang berkesan untuk membina kesihatan tubuh badan. Kegiatan fizikal sukan membolehkan jantung dan sistem pengaliran darah bertambah baik. Meningkatkan fungsi pernafasan manusia. Memperbaiki dan memulihkan ketidakfungsian kardiovaskular, pergerakan sendi dan mengurangkan tekanan emosi individu. Rakyat yang sihat akan menjadi aset yang penting bagi pembangunan negara.
    2. Pembina sahsiah yang menyeluruh. Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi. Dianggap sebagai sumber ilmu dan panduan dalam proses pembelajaran. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat.
    3. Menyatukan masyrakat berbagai etnik. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami. Boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Boleh menjalin keperimanusiaan. Penyakit- penyakit sosial seperti penagihan dadah, alkoholisme, lari dari rumah, keruntuhan akhlak dan penyakit kelamin dapat dikurangkan kalau seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan. 4. Sebagai satu industri dan perdagangan. Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contoh : Amerika Syarikat memperohlehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an. 5. Peluang pekerjaan. Menyedikan peluang pekerjaan profesional dan bukan profesional. Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.
    Kesimpulan :
    1. Baru-baru ini, wujud satu hubungan yang erat dinamakan “simbiotik” antara sukan, media dan pengiklanan. Televisyen telah mengeksploitasikan sukan sebgai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan.
    Contoh : liputan sukan Olimpik melalui televisyen pada 1992 dibayar RM21 juta oleh Syarikat Dunhill. Kos penajaan bolasepak semi- pro Malaysia pula berjumlah RM6.6 juta. 2. Sukan boleh meningkatkan imej dan martabat negara. Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. ” MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ” mengikut Rahim Razali pengulas sukan negara.

    ReplyDelete
  2. apakah peranan sukan dalam konsep kenegaraan daripada individu, masyarakat dan negara

    ReplyDelete