KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : PELANCONGAN

1. Sektor pelancongan penting untuk membantu pembangunan ekonomi negara kita. Agensi-agensi kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke Malaysia. Huraikan langkah-langkah yang harus diambil untuk memajukan industri pelancongan.

3 comments:

  1. Intro :
    1. Malaysia kini mencapai nama sebagai satu destinasi pelancongan terbaik. Datuk Sabaruddin Chik mengatakan kempen galakan yang agresif telah dijalankan untuk TMN 94 dengan penekanan diberikan di Hong Kong, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah. Hasil yang dijangka ialah RM5 billion dan 7 juta pelancong asing akan melawat ke Malaysia. (Sumber : Berita Harian, 9 Sept.1993).

    Langkah :
    1. Menjualkan imej ke luar negara.Memperkenalkan Malaysia kita ke dunia. Masih terdapat negara-negara dalam dunia ini masih belum mengetahui kedudukan negara kita. Pihak kerajaan sendiri telah mengeluarkan belanja yang besar bagi membiayai kos untuk memperkenalkan negara kita di seluruh dunia. Melalui Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), kesenian dan keindahan alam Malaysia telah dihebohkan ke luar Malaysia.

    2. Tempat peranginan.Tempat yang menarik yang terdapat di negara kita haruslah dijaga dan dibangunkan supaya kelihatan menarik sepanjang masa. Tanggungjawab ini bukan sahaja harus diambil oleh kerajaan pusat bahkan harus melihat kerajaan negeri, penguasa-penguasa tempatan dan juga pihak-pihak swasta sama ada memberikan sumbangan tenaga atau kewangan. Penjagaan tempat-tempat menarik ini akan menggalakkan kehadiran pelancong sepanjang musim. Kebanyakan pelancong kehendakkan satu suasana yang nyaman dan tenteram penuh dengan kesenian untuk dinikmati.

    3. Program dan aturcara.Pelancong dari luar negeri telah dihiburkan dengan program-program yang menarik di negara kita. Acara-acara yang disediakan ini merangkumi aspek kesenian dankebudayaan tempatan agar masyarakat pelancong akan lebih mendekati dan mendalami keperibadian hidup penduduk negara ini. Negara kita kaya sekali dengan pelbagai kesenian. Pertandingan bercorak tradisional juga boleh diadakan untuk menarik penduduk tempatan serta pelancong-pelancong asing mengalami dan merasai permainan tradisi yang kita ada. Contoh: sepak takraw, wau,gasing, perkhemahan sambil belajar. Pelancong-pelancong akan menyedari bahawa kerajaan kita sangat mengambil berat mengenai keadaan alam sekitar yang terdapat di negara kita.

    4. Media massa.Kementerian Penerangan perlu mengadakan kempen secara besar-besaran. Televisyen, radio, majalah, suratkhabar,Far Eastern Economic Review, Newsweek, Times Magazine dsb perlu memberitakan imej Malaysia ke seluruh dunia.Risalah dan poster perlu diedarkan dan dilekatkan di sepanjang jalan di Malaysia khususnya dan di pasaran baru amnya. Isu ini haruslah dihebohkan setiap kali pemimpin negara memberi ucapan dan dalam upacara perasmian. Setiap rakyat perlu tahulah hal berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia 1994 ini iaitu dari murid darjah satu sehingga mahasiswa dan mahasiswi.

    ReplyDelete
  2. 5. Kebudayaan unik Malaysia.Malaysia harus mempamerkan kekayaan budaya unik ialah makanan tradisional, tarian tradisional, permainan tradisional, lagu tradisional, perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya Aidil Fitri dsb untuk menarik minat pelancong. Hotel dan agensi pelancongan menganjurkan aktiviti berkaitan dengan kebudayaan kita seperti pertandingan tarian tradisonal di antara pelancong yang menginap di hotel mereka.

    Kesimpulan :
    1. TMM 94 akan memikat pelancong asing tinggal lebih lama di sini kerana banyak acara yang akan dipersembahkan iaitu selama enam hari. Kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan tempatan seiring perkembangan industri pelancongan asing.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete