KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : PERANAN UNIVERSITI

1. Bincangkan peranan universiti dalam pembangunan Malaysia.

1 comment:

  1. 1. Dalam dunia pendidikan, pendidikan universiti merupakan kemuncak pendidikan seseorang. Pendidikan universiti juga merupakan satu keistimewaan bagi seseorang kerana bukan semua orang dapat menikmati pendidikan tersebut, iaitu dapat meneruskan pelajarannya di menara gading.

    2. Merupakan impian bagi setiap pelajar di sekolah. Merupakan pasport atau tiket untuk ke arah kecemerlangan hidup.Tanda status dan kedudukan seseorang dalam masyarakat.

    Peranan : 1. Badan penyebar ilmu Universiti adalah bak kata pepatah `gedung ilmu’ yang di dalamnya penuh dengan khazanah ilmu yang tidak terhingga nilainya. Dengan demikian sesiapa yang berjaya ke tahap universiti maka beerti ia telah berpeluang untuk menerokai bidang ilmu yang maha luas itu dan kemudian akan keluar sebagai seorang ilmuan yang berperanan untuk menyampaikannya kepada hak anak bangsa yang dahagakan pengetahuan. Rakyat sesebuah negara akan terus maju, apa lagi bagi negara membangun, yang selama ini jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju, tetapi kini ia sama taraf dengan bangsa-bangsa yang telah maju di dunia ini. Jelas menunjukkan bahawa universiti dapat mewujudkan sati masyrakat yang dinamik dan progresif yang sanggup menerima perubahan sesuai dengan aliran zaman.

    2. Penyebaran bahasa Melayu Memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat yang ingin melihat bahasa ibunda mereka mempunyai kedaulatan dan kedudukan yang sewajarnya sesuai dengan sifatnya sebagai bahasa rasmi negara, iaitu menjadi bahasa ilmu yang sekaligus dapat menegakkan keperibadian bangsa. Jadi bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sistem pendidikan negara seluruhnya. Menjadi bahasa penyebaran ilmu yang tertinggi di rantau ini khususnya dan di dunia amnya.

    3. Pusat untuk mengeluarkan manusia yang berkualiti, bukan sahaja berhemah tinggi tetapi juga mempunyai kesedaran dan tanggungjawab kepada masyarakat dan sanggup membina masyrakat yang stabil, aman damai dan bersatu padu. Tegasnya dalam hubungan memenuhi cita-cita nasional, universiti dapat memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan tenaga manusia serta berusahamenggerakkan proses pembaharuan dan memperkayakan di samping mempertinggikan bidang ilmu demi kemajuan bangsa dan negara.

    4. Pengumpulan tenaga manusia mahirDari aspek pembangunan ekonomi negara, fungsi universiti adalah mengumpulkan tenaga manusia yang pakar dalam berbagai-bagai bidang dan jurusan dengan tujuan supaya daya pemikiran dan pengetahuan iktisas yang ada pada mereka itu dapat dipergunakan sepenuhnya bagi meninggikan taraf hidup rakyat dalam negara yang makmur dan harmoni.

    5. Penghasilan pemimpinDalam bidang politik pula, universiti adalah tempat tapak semaian bagi melahirkan golongan intelek yang mempunyai sikap yang rasional dan berpandangan jauh. Dapat menggerakkan dan menyalurkan motivasi rakyat bagi menuju masa depan yang lebih cerah sambil menjamin pemerintahan demokrasi serta memberikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara yang progresif.

    6. Keseimbangan kerohaniah dan jasmaniahDapat memberikan keseimbangan dia antara keperluan rohani dengan jasmani bagi mengatasi masalah kehidupan yang mencabar serta kompleks dalam zaman sains dan teknologi ini. Meskipun sains dan teknologi adalah penting tepat negara tentulah tidak akan memerlukan golongan pakar sanis semata-mata tetapi juga berkehendakkan kepakaran dalam bidang lain hanya dapat dihasilkan oleh universiti sahaja.

    Kesimpulan :
    1. Universiti penting terhadap pembangunan negara. Tidak hairanlah peruntukan wang yang besar diberikan oleh kerajaan untuk perkembangannya.
    2. Diharapkan para siswazah tidak mengabaikan harapan dan cita-cita negara untuk mencapai Wawasan 2020.

    ReplyDelete