KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : PERANAN PBB

1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara-negara yang menjadi ahli. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini peranan PBB untuk mewujudkan keharmonian masyarakat antarabangsa semakin terbatas dan kurang berkesan. Huraikan pendapat tersebut.

2 comments:

  1. Intro :

    1. Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua, telah membuka ruang kepada kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB ditubuhkan pada Persidangan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 24 Oktober 1945. Keanggotaannya kini sudah melebihi 165 buah negara apabila beberapa buah bekas republik di Soviet Inuon dan beberapa buah negara di Kepulauan Pasifik menyertainya.

    Fungsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu :

    1. Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia terutama berusaha mencegah berlakunya perang dunia. Untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh negara- negara di dunia dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial.

    2. Bantuan-bantuan dalam bentuk kewangan, fizikal dan kepakaran diberikan kepada negara-negara yang memerlukannya seperti dalam bidang ekonomi, teknikal dan sosial.

    3. Struktur PBB secara umumnya dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan-badan utama (principal organ), pertubuhan khas dan pertubuhan cawangan. Perhimpunan Agung, Majlis Pemegang Amanah, Majlis Ekonomi dan Sosial, pertubuhan- pertubuhan khas yang berperanan memberi sumbangan dalam bidang-bidang khusu termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), UNESCO dan sebagainya.

    4. Pertubuhan-pertubuhan cawangan pula diwujudkan atas kehendak PBB sekiranya ada sesuatu isu misalnya Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), Program Pembangunan PBB (UNDP), Pasukan Tentera Pengaman PBB di Kampuchea dan sebagainya.

    5. Tugas untuk mengendalikan keselamatan dunia diserahkan kepada Majlis Keselamatan. Majlis ini dianggotai oleh 15 buah anggota. Lima daripadanya anggota tetap dan 10 buah negara lagi dipilih untuk tempoh dua tahun.

    Sebab Kegagalan :

    1. Salahguna kuasa VETO. Lima buah negara menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan (Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China) sering menggunakan kuasa Veto terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan mereka. Kuasa Veto ialah kuasa pembatal atau pemutus yang diberikan oleh PBB kepada kuasa-kuasa besar dunia dianggap istimewa. Ini kerana negara-negara tersebut boleh mengenepikan kutukan dan kritikan dari negara-negara anggota dalam Perhimpunan Agung PBB. Amerika Syarikat dan Rusia sering menggunakan kuasa Veto ini untuk kepentingan sendiri. Contoh : isu pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan, isu Palestin dan isu pengeboman Amerika Syarikat ke atas Libya pada tahun 1987.

    2. PBB untuk kepentingan sendiri. Dalam keadaan tertentu PBB dijadikan alat oleh negara tertentu untuk mencapai tujuan politik negara tersebut. Kuasa-kuasa besar menggunakan PBB untuk menekan negara lain supaya tunduk kepada kemahuan mereka. Jelas Amerika Syarikat mendesak PBB supaya mewujudkan kumpulan pakar pengkaji nuklear yang ditugaskan oleh PBB menyiasat senjata-senjata di Iraq iaitu kuasa baru di Timur Tengah yang boleh mengugat kepentingan mereka. Pasukan penyiasat juga dikatakan sedang berusaha untuk menyiasat senjata nuklear di Korea Utara. Tindakan sedemikian sebenarnya didalangi oleh kuasa-kuasa besar.

    3. Pasukan tentera menghadapi masalah. Peranan pasukan tentera pengaman PBB juga menghadapi masalah terutama mengenai pembiayaan, diplomatik, kebenaran negara-negara terlibat halangan PBB dan menyerang dua kampung di Selatan Lebanon hingga menyebabkan 30 pejuang Hizbulah terbunuh, dianggap paling hebat kepada imej dan maruah PBB. Menurut laporan, tentera Israel dan askar PBB bertumbuk ketika pasukan Israel mara ke kampung Kafra dan Yater. Dua askar PBB cedera dalam pergaduhan itu. Israel juga menggunakan jentolak untuk melanyak dua buah kenderaan PBB yang diletak di tengah jalan bagi menghalang kemaraan Israel.

    ReplyDelete
  2. 4. Campurtangan kuasa-kuasa besar. Sikap suka campurtangan kuasa-kuasa besar khususnya Rusia dan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang tidak stabil menyebabkan peranan PBB untuk menyelesaikan konflik di negara-negara tersebut kurang berkesan. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan “pencerobohan” Amerika ke atas Panama untuk menangkap Presiden negara tersebut Jeneral Noriega. Begitu juga dengan kes Grenada dan El Savador, kedua-dua kuasa besar itu (Amerika Syarikat dan Rusia) cuba mengembangkan pengaruh mereka terhadap dua kumpulan yang sedang berebut kuasa memerintah negara-negara tersebut.

    5. Keputusan PMM tidak dilaksanakan. Tiada kuasa melaksanakan keputusan terhadap sesuatu resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung. Walaupun dalam Perhimpunan Agung hampir keseluruhan negara mengutuk tindakan dan layanan Israel terhadap rakyat Palestin, tetapi masih tidak ada perlindungan kepada rakyat Palestin hingga hari ini. Ini kerana soal- soal yang berkaitan dengan keselamatan diserahkan bulat- bulat kepada Majlis Keselamatan yang diterajui oleh Amerika Syarikat dan Rusia. Kesimpulan : 1. PBB nyata kurang berkesan dalam menyelesaikan konflik antarbangsa. Isu Palestin dan Kampuchea masih berlarutan hampir setengah abad. Usaha-usaha yang lebih positif perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan negara-negara anggota terhadap pertubuhan yang bersifat “World Govermemt” ini.

    ReplyDelete