KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : PENDERAAN KANAK-KANAK

Ramai kanak-kanak di Malaysia telah didera dengan menakutkan. Bilangan kanak-kanak yang didera agak tinggi. Ibu bapalah yang merupakan pendera utama kanak-kanak ini. Sejauh manakah kemiskinan merupakan punca kepada berlakunya kes penderaan kanak-kanak ?

3 comments:

  1. Penderaan kanak-kanak membawa maksud sebarang perbuatan yang boleh mencederakan kanak-kanak secara sengaja atau tidak daripada segi fizikal, mental, emosi dan perkembangan kanak-kanak tersebut.
    Walaupun telah lama wujud, namun baru-baru ini saja isu tersebut menjadi perhatian umum. Salah satu punca utama yang dikesan ialah faktor kemiskinan dalam sesebuah keluarga. Kerap kali ibu bapa yang miskin mengalami tekanan ekonomi dan kerja daripada majikan dan juga keperluan keluarga. Tiada tempat bagi mereka melepaskan geram kecuali kepada anak-anak mereka. Golongan ini berpendidikan rendah dan tidak memahami psikologi anak mereka kerap menjadikan anak mereka “papan pukulan” apabila anak-anak mereka bermanja atau pun bergaduh. Telah dilaporkan bahawa golongan berpendapat rendah dan berpendidikan rendah merupakan golongan yang paling ramai mendera kanak-kanak. Selain daripada itu, cara bagaimana ibu bapa atau penjaga diperbesarkan juga menyumbang kepada punca penganiayaan tersebut. Ibu bapa yang pernah dibesarkan dengan cara kekerasan berpendapat bahawa cara tersebut merupakan cara terbaik mereka mendisiplinkan anak-anak. Kanak-kanak yang nakal dibelasah dan menjadi lebih degil mengakibatkan ibu bapa hilang pertimbangan lantas melakukan sesuatu yang boleh mencederakan si anak itu. Ini telah membawa kepada kes penderaan yang serius serta meninggalkan kesan parut yang mendalam kepada kanak-kanak tersebut. Di samping itu, penyakit sosial seperti kemabukan dan judi juga turut mengakibatkan penganiayaan kanak-kanak. Bapa yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan tambahan pula kalah berjudi tidak akan kenal siapa anak dan isteri. Kerap kali anak-anaknya dijadikan sasaran. Dalam keadaan yang tidak sedarkan diri itu, perkara yang serius seperti menendang dan menumbuk kanak-kanak pasti akan berlaku. Akibatnya, lama-kelamaan sekiranya tidak dirawati, kanak- kanak tersebut mungkin menemui maut akibat kecederaan dalaman. Dalam pada itu, pasangan muda yang berkahwin kurang bersedia untuk memikul tanggungjawab mereka. Di bandar terutamanya si suami akan pulang lewat bekerja meletakkan segala tanggungjawab kepada si isteri yang muda dan tidak berpengalaman untuk menjaga si anak yang degil lagi nakal. Tanpa ajaran dan nasihat dari golongan tua, isteri tersebut akan mendidik anaknya tidak lain tidak bukan dengan memukul sahaja. Kadang-kadang, kes ini membawa kepada penganiayaan yang serius. Selain itu, ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab mereka kepada sesetengah penjaga juga akan menyebabkan anak- anak mereka didera. Kelewatan membayar upah dan ibu bapa yang bekerja ke luar negeri akan menyebabkan penjaga melepaskan geram mereka ke atas kanak-kanak tersebut. Derita ini jelas ditanggung oleh B.Balasundram yang dijumpai dalam keadaan separuh sedar dalam tandas wanita di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jelaslah bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada penderaan kanak-kanak. Oleh itu, demi menjaga masa depan kanak-kanak tersebut kerjasama daripada semua pihak membanteras gejala ini amat diperlukan.

    ReplyDelete
  2. 4. Taraf pendidikan pelaku
    Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana mereka mampu membayarnya.
    5. Jenis pekerjaan pelaku
    Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa ada kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada seseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempat kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini.
    6. Jumlah pendapatan pelaku
    Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga.
    7. Jenis rumah kediaman
    Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. Di kawasan setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Kadangkala penghuni rumah setinggan terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  3. salam...
    cikgu, maaaf tumpang bertanya.
    selain ibu bapa dan penjaga siapakah yangtturut menjadi pendera kanak-kanak?
    saudara - mara serta guru juga kadang kala terlibat dengan perbuatan mendera... Apa pendapat cikgu?

    *sy sedang melakukan kajian lapangan tentang isu penderaan kanak-kanak, harap cikgu dapat beri sedikit info... Terima Kasih,
    Assalamualaikum wbt...

    ReplyDelete