KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : KESESAKAN JALAN RAYA

1. Masalah kesesakan jalan raya menjadi semakin meruncing khususnya di Kuala Lumpur. Apakah pandangan anda terhadap isu ini serta cadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasinya

2 comments:

  1. 1. Kesesakan lalu lintas dihadapi oleh kebanyakan bandaraya- bandaraya di seluruh dunia termasuk di benua Eropah dan benua Amerika dan di negara kita. Masalah ini sudah pun difikirkan corak penyelesaian di peringkat kabinet.

    Pandangan : 1. Sistem pengangkutan awam. Kita juga menerima hakikat bahawa sistem pengangkutan awam yang ada pada hari ini belum lagi dapat menampung pertambahan jumlah penggunaan jalan raya yang semakin meningkat. Walaupun kerajaan berusaha dengan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaiki sistem jalan raya di bandar-bandar besar namun masalah kesesakan masih dapat diatasi.

    2. Penggunaan kenderaan sendiri. Kesesakan adalah kerana bertambahnya penggunaan kenderaan persendirian di ibu kota. Daripada perangkaan statistik menunjukkan pada tahun 1987, jualan kenderaan bermotor yang berdaftar adalah sebanyak 84,559 buah dan meningkat kepada 507393 pada tahun 1990 manakala menjelang tahun 1993 dianggarkan sebanyak 1 juta kenderaan bermotor yang membanjiri jalan-jalan di ibu kota. Jumlah ini adalah satu perubahan yang begitu cepat sekali. 3

    . Pertambahan penduduk. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh serta Johor Bharu, adalah satu fenomena biasa kalau kita dapati bahawa kadangkala dalam sebuah keluarga memiliki lebih daripada sebuah kereta. Malahan ramai di antara mereka yang pergi ke tempat kerja dengan tidak berkongsi kenderaan sebaliknya mereka memandu seorang diri ke tempat kerja dan kadangkala berkongsi kenderaan. Justeru itu tidak hairanlah soal kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar ini masih tidak boleh diatasi sepenuhnya. Adalah dijangkakan bahawa penduduk kota raya akan bertambah lebih banyak menjelang tahun 1995. Pada masa tersebut, penggunaan kereta di bandar ini akan makin bertambah sekiranya langkah-langkah tertentu tidak diambil segera untuk mengatasinya.

    4. Undang-undang tidak dipatuhi. Kenderaan-kenderaan komersial seperti lori, trelar dan sebagainya perlu diberi perhatian. Kenderaan ini banyak kali didapati tidak mematuhi arahan memasuki kawasan bandar, apatah lagi melibatkan jalan-jalan yang sibuk. Kadang kala kenderaan berkomersial ini membawa masuk atau mengangkat keluar barang-barang muatan yang mengikuti arahan waktu. Apa yang ada sekarang ini adalah arahan melarang kenderaan berat daripada memasuki pusat bandar selepas jam 9.00 hingga 6.00 petang. Jika arahan ini tidak dipatuhi, Kuala Lumpur khususnya sebagai ibu kota yang merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan akan menjadi semakin sesak dengan kenderaan berat tersebut.

    ReplyDelete
  2. Langkah :

    1. Perkhidmatan kenderaan awam. Sistem perkhidmatan awam yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur seperti perkhidmatan bas serta teksi perlu diperbaiki. Pada akhir tahun 1970an, perkhidmatan bas mini telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyenangkan warga kota untuk berulang-alik ke tempat kerja. Masalah waktu menunggu, tempat duduk dan jarak perhentian turut mendorong pengguna memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini bergantung kepada pihak swasta. Syarikat-syarikat swasta ini perlu memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengguna.

    2. Area Traffic Control. Pada tahun 1979, sistem yang diperkenalkan ialah “Area Traffic control” seperti yang diamalkan di Singapura. Menerusi sistem ini pengguna digalakkan mengawal jumlah penumpang yang ada di dalam sesebuah kenderaan untuk memaksimunkan penumpang sekaligus mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke sesuatu kawasan. Sistem ini harus cuba diamalkan di Malaysia.

    3. Sistem LRT. Memperkenalkan sistem pengangkutan dalam bandar yang seakan-akan sama dengan keretapi dan beroperasi di antara satu tempat lain dalam bandar yang sama. Sementara LRT pula ialah sistem pengangkutan yang sama konsepnya dengan sistem monorel tetapi memberi perkhidmatan pengangkutan di antara bandar-bandar. Contoh : di antara Shah Alam dan Kuala Lumpur.

    4. Pembangunan luar bandar. Mencadangkan supaya kilang-kilang atau gudang-gudang ditempatkan di luar pusat bandar. Kerajaan patut mengenakan syarat bahawa kenderaan komersial hanya boleh memasuki pusat bandar pada waktu tertentu. Satu lagi cadangan yang agak praktikal ialah cuba menempatkan pejabat-pejabat kerajaan di luar bandar. Bagaimanapun buat masa ini, perlaksanaannya masih di peringkat awal.

    Kesimpulan :

    1. Pembuat dasar perlu merangka program tertentu untuk jangka panjang.

    2. Pengguna-pengguna jalan raya harus bersedia untuk memaksimunkan jumlah penumpang di dalam sesebuah kereta. Pihak pengusaha bas pula perlu meningkatkan perkhidmatan. Semua pihak perlu bersama-sama cuba memberi sumbangan supaya rangkaian jalan raya di kawasan bandar dapat digunakan dengan sempurna dan seterusnya tidak menjejaskan imej bandar-bandar utama di Malaysia.

    ReplyDelete