KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : KEBAKARAN

1. “Lebih kurang 13,000 kes kebakaran berlaku tiap-tiap tahun dan dalam tempoh rancangan Malaysia ke-5 sejumlah RM1 billion kerugian akibat kebakaran dilaporkan. Bilangan manusia yang terkorban akibat kebakaran antara Januari dan Oktober 1990 ialah 807 orang. Ini adalah satu hal yang serius di negara kita. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk mencegah kebakaran yang semakin meningkat untuk mengelakkan kerugian dari segi wang dan nyawa yang terkorban.

2. Kebakaran sering berlaku. Kes kebakaran berlaku di mana- mana sahaja. Api semasa kecil adalah kawan dan semasa besar adalah lawan. Sejauh manakah kelalaian manusia dianggap sebagai punca utama kes kebakaran di negara kita ?

1 comment:

  1. Intro : 1. Kes kebakaran semakin meningkat. Pencegahan adalah langkah yang baik untuk menyelamatkan kerugian harta benda dan nyawa. Langkah pencegahan melibatkan setiap lapisan masyarakat.

    Langkah-langkah :

    1. Mengemaskinikan kemudahan pencegahan api. Alat mencegah api penting di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, bangunan tinggi, pusat-pusat hiburan malam, kilang, bangunan awam dan bangunan kerajaan. Jabatan perkhidmatan bomba perlu menyelia kemudahan pencegahan api dari masa ke semasa bagi menentukan semua alat itu dalam keadaan baik dan mencukupi. Kerjasama pihak pemilik bangunan adalah penting. Dendaan dan hukuman perlu dikuatkuasa bagi pemilik bangunan yang enggan bekerjasama. Penggunaan alat itu juga perlu ditunjuk ajar oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba.

    2. Mengemaskinikan Jabatan Perkhidmatan Bomba. Menambahkan bilangan kakitangan bomba dan juga peralatan yang mencukupi dan canggih. Pertambahan bangunan-bangunan dan kawasan petempatan adalah tidak selaras dengan pertambahan bilangan kakitangan perkhidmatan bomba. Peralatan-peralatan semasa operasi kebakaran seperti alat pernafasan perlu ditambah. Sistem pili perlu lebih maju dan moden. Ini dapat mengelakkan masalah tekanan air rendah.

    3. Mewajibkan pemasangan alat pengesan kebakaran. Diwajibkan di semua bangunan dan kawasan petempatan. Memudahkan anggota bomba mengesan tempat kejadian kebakaran dengan cepat. Mengelakkan kerugian harta benda dan nyawa yang maksimun. Sebelum meluluskan kegunaan bangunan untuk kerajaan dan swasta, pihak jabatan bomba perlu mewajibkan mereka memasang alat pengesan ini. Hal ini perlu dikuatkuasakan melalui undang-undang. Peraturan ini perlu dikuatkuasakan dengan tegas.

    4. Memperkenalkan perkhidmatan Unit Bomba Sukarela. Unit ini perlu ditubuhkan di kilang, bangunan dan kawasan petempatan. Mengurangkan pergantungan masyarakat terhadap ahli bomba. Tindakan pengawalan api dan pengurusan orang awam dijalankan oleh Unit Bomba Sukarela sementara menunggu ketibaan ahli bomba. Pihak bomba perlu memberi latihan dan memberi ceramah kepada unit-unit ini. Kursus- kursus khas juga perlu dianjurkan untuk ali-ahli unit ini. Contoh kilang yang mempunyai unit “fire fighting squat” ialah Advanced Micro Devices (M) Sdn. Bhd. Penang.

    5. Kempen mencegah kebakaran dan demonstrasi. Masyarakat perlu disedarkan tentang pentingnya mencegah kebakaran. Mengadakan demonstrasi tindakan semasa kebakaran di sekolah, kilang, bangunan tinggi dan kawasan petempatan. Mengadakan demonstrasi ciri-ciri jerjak yang sesuai di rumah-rumah kediaman. Media massa seperti televisyen dan radio serta majalah dan suratkhabar amat penting untuk menjalani kempen ini. Poster-poster perlu dilekatkan di mana-mana sahaja. Program televisyen merangkumi filem dokumentari mengenai teknik pencegahan kebakaran dan temuduga diadakan dengan mangsa-mangsa kebakaran.

    Kesimpulan : 1. Pencegahan adalah baik lebih baik daripada menghadapi kebakaran. Penglibatan dan kerjasama semua lapisan masyarakat sangat diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

    ReplyDelete