KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : ISU ANTARABANGSA

1. Pendirian tegas yang ditunjukkan oleh Malaysia baru-baru ini ketika membincangkan isu-isu antarabangsa telah membawa kesan negatif dan positif kepada negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?.

2 comments:

  1. 1. Sesebuah negara yang telah merdeka, adalah wajar menggunakan konsep “Kedaulatan”. 2. Malaysia sebagai negara berdaulat dan dihormati oleh kebanyakan negara di dunia. Malaysia yang mengamalkan dasar berkecuali dan adalah bebas untuk menyatakan pendiriannya dengan tegas dan berani.

    Kesan negatif: 1 Hubungan Malaysia vs England (1983-1985) Hubungan Malaysia dengan Britain renggang seketika akibat sikap radikal pemimpin kita melaksanakan atau sekitar melancarkan “Dasar Pandang Ke Timur” dan “mengimport barang-barang Britain sebagai langkah terakhir”. Akibat masalah ini Menteri Luar England dihantar ke Malaysia untuk berunding. Akibat dasar kerajaan ini, kerajaan Britain dan Australia telah menaikkan yuran mahasiswa- mahasiswi di Universiti.

    2. Hubungan Malaysia-Australia-England. Awal tahun 1980an hubungan diplomatik Malaysia dan Australia serta Britain agak rengang sedikit kerana ketegasan badan justisari atau kehakiman menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada Kelvin Barlow dan Brian Chambers kerana kesalahan mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas – kedua-dua rakyat Australia. Apa yang menyedihkan negara kita ialah tuduhan kerajaan Britain dan Australia terhadap negara Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berperikemanusiaan dan boleh dianggap sebagai negara “barbarian”.

    3. Sistem Keutamaan Am Malaysia (GSP) Sistem Keutamaan Am Malaysia (General System of Preferences) dengan Amerika Syarikat hampir ditarik balik pada tahun 1991 kerana tindakan kerajaan Malaysia yang mengutuk perbuatan Amerika Syarikat pada peringkat antarabangsa, sedangkan tindakan kerajaan kita tersebut adalah kena pada tempatnya. Bagi Amerika Syarikat pula ugutan untuk menarik balik “GSP” kerana mereka menuduh Malaysia tidak memberi dan tidak menjaga hak asasi kepada para pekerja – iaitu kebebasan membentuk kesatuan sekerja

    4.Penubuhan EAEC. Tindakan tegas pemimpin kita yang mengeluarkan idea untuk menubuhkan Perundingan Ekonomi Asia Timur(EAEC) pada tahun 1991 menyebabkan kebanyakan negara-negara maju merasa tidak senang, terutamanya Amerika Syarikat. Amerika Syarikat cuba memujuk dan menyekat kerajaan Jepun daripada menyertai EAEC yang katanya merupakan satu pakatan kerjasama ekonomi dan bukan sebagai badan penasihat atau badan perundingan ekonomi. Bagi Amerika Syarikat, cuba mengagalkan kewujudan EAEC.

    Kesan Positif :

    1. Dasar Apartheid. Perlaksanaan Dasar Apartheid di Afrika Selatan menampakkan kesan positif. Regim Afrika Selatan semakin longgar mengenakan syarat-syarat pemerintahannya, iaitu cuba mengurangkan dasar membezakan kaum. Sebagai contoh Parti KOngres Kebangsaan Afrika (ANC) tidak lagi diisytihar sebagai parti haram, Presiden ANC, Nelson Mandela telah dibebaskan dan kelonggaran kepada rakyat Afrika untuk menyertai kongres tersebut.

    2. Suruhanjaya Selatan-selatan (1986). Hasil daripada sikap lantang negara Malaysia, iaitu saranan Dr. Mahathir ketika menghadiri persidangan Pergerakan negara-negara berkecuali (6) di Harare, Simbabwe pada tahun 1985. Tujuan penubuhan Suruhanjaya tersebut adalah untuk mewujudkan satu bentuk kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara kecil dan bukan sahaja bergantung kepada negara-negara maju. Untuk bertentangan dengan 67, diwujudkan G15 dari kalangan negara yang menganggotai Suruhanjaya Selatan-selatan. Contoh: Malaysia, Thai, Filipina, Singapura dll. Untuk mengatasi masalah ketidakstabilan ekonomi negara-negara membangun. Wujudnya G15 adalah hasil usaha Malysia pada 1990.

    3. Undang-undang dadah. Ketegasan Malaysia di dalam soal dadah menampakkan ciri yang positif, iaitu lebih banyak negara-negara lain di dunia cuba meniru undang-undang Malaysia yang menjatuhi hukuman mati kepada pengedar-pengedar dadah. Contoh: Singapura juga telah menjatuhi hukuman mati kepada pengedar dadah dan kedengaran ura-ura Amerika Syarikat pun akan menjatuhi hukuman mati kepada pengedar-pengedar dadah.

    ReplyDelete
  2. 4. Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang melaksanakan Dasar Pandang ke Timur menampakkan kesan yang positif kepada negara. Banyak pelabur-pelabur Jepun membuka firma-firmanya di Malaysia. Malaysia berjaya menghasilkan kereta nasional (Proton Saga ) dan akan mengeluarkan kereta jenis Daihatsu serta kereta “sport” dengan kerajaan Australia.

    5. Kutukan pencerobohan Iraq di Kuwait Ketegasan Malaysia menyatakan pendiriannya iaitu mengutuk penceroboh Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990 serta mengundi untuk menyokong pihak bersekutu menggunakan tentera untuk menghalau Iraq keluar dari Kuwait, sememangnya mendatangkan kesan yang positif. Untuk menjaga kepentingan GSP antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan untuk mengekalkan bantuan yang sentiasa diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia.

    6. Pendirian Malaysia bagi isu Kampuchea . Isu di Kampuchea berjaya diselesaikan apabila pen- dirian tegas Malaysia dinyatakan dalam beberapa mesyuarat Agung ASEAN dan pada peringkat antarabangsa (PBB). Hasilnya Kampuchea sekarang diperintah oleh Majlis Tertinggi Kebangsaan Kampuchea dengan diawasi oleh Pasukan Pengaman PBB. Kesimpulan : 1. Malaysia cuma memainkan peranannya dalam mengamankan dunia dengan menyertai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    ReplyDelete