KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : HOSPITAL SWASTA

1. Pada waktu ini hospital swasta di negara ini berkembang dengan begitu pesat. Ahli masyarakat yang mampu, ramai yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital tersebut. Mereka percaya bahawa pusat-pusat ini memberi perkhidmatan yang lebih selesa. Sejauh manakah perkembangan pusat rawatan swasta ini membawa kebaikan kepada masyarakat kita

7 comments:

  1. Intro : 1. Pusat rawatan swasta ditubuhkan untuk menampung keperluan kesihatan di negara ini. Di bandar-bandar utama di Malaysia pertumbuhannya bagai cendawan selepas hujan. Kepesatan ini menyebabkan permintaan yang tinggi kepada pakar perubatan sehingga kebanyakan doktor tempatan berlumba-lumba untuk berkhidmat serta membuka sendiri pusat rawatan swasta.

    Kebaikan :
    1. Pilihan untuk orang ramai. Sebelum ini, kebanyakan mereka bertumpu di hospital kerajaan yang keadaannya kurang selesa. Mereka terpaksa berbaris lama menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan yang sekejap. Ramai pula yang merungut tentang ketidakcekapan kakitangan hospital kerajaan. Masalah ini dapat diatasi dengan adanya pusat rawatan swasta. Mereka tidak perlu menunggu lama kerana pusat rawatan swasta mempunyai strategi sendiri untuk menghiburkan pelanggannya sehingga mereka tidak terasa menunggu lama. Mereka berasa seperti menunggu di lobi hotel berbintang lima.
    2. Kecekapan kakitangan dan kemudahan. Pihak pusat rawatan amat mementingkan kecekapan kakitangannya. sistem pendaftaran yang teratur, rawatan yang cekap tetapi teliti dan kemudian kecekapan dalam pemberian ubat amat dipentingkan. Hal ini berbeza dengan hospital kerajaan. Untuk mendaftar sahaja seseorang itu terpaksa mengisi borang sendiri sehingga memakan masa yang lama. Untuk menunggu giliran mendapat ubat pula biasanya boleh menimbulkan kemarahan. Masalah ketidakcekapan urusan ini dapat diatasi oleh pusat rawatan swasta yang sememangnya amat menjaga kecekapan supaya memuaskan hati pelanggannya.
    3. Perkhidmatan pakar 24 jam sehari. Orang ramai boleh mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta mengikut kemahuannya. Kebanyakan pusat rawatan dibuka 24 jam dan orang ramai boleh datang apabila memerlukan. Apabila diserang penyakit pada larut malam, mereka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan rawatan. Ini berbeza dengan hospital kerajaan yang mungkin perlu menunggu sehingga keesokan hari. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di pusat rawatan swasta dengan memberi bayaran doktor yang tinggi. Setiap perkhidmatan yang diberikan oleh pakar atau jururawat perlu dibayar dalam ringgit Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Keburukan :
    1. Bayaran perkhidmatan kesihatan tinggi. Disebabkan sumber kewangan yang mengendalikan pusat rawatan itu diperolehi daripada bayaran yang dikenakan kepada pelanggan, biasanya bayaran yang dikenakan agak tinggi. Semakin teliti pemeriksaan dibuat atau semakin canggih peralatan yang digunakan untuk merawat seseorang pesakit, semakin tinggilah bayaran yang akan dikenakan. Di samping bayaran ubat, mereka juga akan mengenakan bayaran pendaftaran dan dalam keadaan-keadaan tertentu mereka mengenakan bayaran kepakaran. Semua ini sudah pasti tidak mampu dibayar oleh mereka yang miskin.
    2. Pusat rawatan hanya di bandar. Hanya ditubuhkan di bandar-bandar. Sudah pasti perkhidmatannya tidak menyeluruh kepada masyarakat luar bandar. Masyarakat dari luar bandar yang mahu mendapatkan rawatan di pusat rawatan ini terpaksa pergi ke bandar dan ini sudah pasti menimbulkan masalah kepada mereka. Akhirnya mereka ini terus bergantung kepada klinik kerajaan yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan masing-masing.
    3. Kekurangan doktor kerajaan. Perkembangan pusat rawatan swasta ini juga membawa keburukan kepada pihak hospital kerajaan. Masalah serius yang dihadapi ialah kekurangan doktor. Disebabkan pendapatan dari pusat rawatan swasta lebih lumayan, hampir semua doktor berminat berkhidmat dengan swasta. Doktor kerajaan yang ada sering kali berhenti kerja dan berkhidmat dengan swasta. Gejala ini menyebabkan hospital kerajaan kekurangan doktor yang berwibawa. Ini akan memberi kesan kepada masyarakat miskin untuk mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta.

    Kesimpulan :
    1. Perkembangan pusat rawatan swasta ini membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat. Peranan mereka untuk meningkatkan taraf kesihatan di negara ini amat penting. Negara maju kurang pengantungan rakyat kepada khidmat kesihatan kerajaan. Orang ramai kini semakin cenderung mendapatkan rawatan di pihak swasta.

    ReplyDelete
  3. kalo karangan nie d tukar pergi karangan laras sains caman?

    ReplyDelete
  4. merujuk kepada syatela:: ana rasa if kehendk soalan seperti di atas merujuk kpda laras sains,ana berpendapat bahawa ente perlu kaitkan dgn tknologi2 moden yg digunakan...selain itu,ente juga blh mengaitkan mengenai kebaikan dan keburukan melalui penggunaan tknologi2 moden tersebut....

    p/s:jika ada sebarang kesilapan,maafkan kerana itu adlh pndpt ana...sekadar ign berkongsi...insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. ada tak tjuk kesan penubuhan hospital swasta ni laras sains?

    ReplyDelete
  6. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete