KARANGAN LARAS SASTERA

Karangan laras sastera melibatkan dua bahagian iaitu Sains Sosial dan Kemanusiaaan. Sains Sosial meliputii sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi dan alam sekitar. Bidang Kemanusiaan pula meliputi sejarah, falsafah, keagamaan, sukan, bahasa & linguistik, perundangan, kesusasteraan dan peradaban

Tuesday, February 28, 2012

RASUAH : FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya.

Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.

Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.

Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuKarangan Rasuah. Faktor-faktor penyebab dan langkah-langkah mengatasinya


Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya.

Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.

Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.

Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.


Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnyaah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.

Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya

KURANG KESEDARAN PUNCA JENAYAH KOLAR PUTIH NAIK


PUTRAJAYA: Sebanyak 24,023 kes jenayah perdagangan direkodkan sepanjang tahun lalu, meningkat 168 peratus berbanding hanya 8,952 kes pada 2005 walaupun pelbagai usaha dijalankan bagi menangani kes seumpamanya, termasuk menubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJK), 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, percaya ia berpunca akibat kurangnya kesedaran masyarakat berhubung kes jenayah perdagangan walaupun pelbagai laporan mengenainya dibuat media dan langkah menanganinya dilaksanakan kerajaan.
Justeru, beliau mahu program kesedaran di kalangan masyarakat dipertingkatkan sejajar hasrat kerajaan mewujudkan sistem lebih berintegriti di sektor awam dan swasta bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.
“Peningkatan kes jenayah perdagangan berpunca daripada kelemahan manusia dan kurangnya nilai moral dalam masyarakat. Jadi, kita memerlukan satu sistem yang mampu menangani masalah ini dengan kerjasama semua pihak termasuk institusi kewangan. 

“Jadi, saya harap persidangan ini mampu memberi maklum balas sewajarnya bagi membantu polis menangani kes jenayah perdagangan yang semakin membimbangkan, bukan saja di negara ini tetapi juga di seluruh dunia,” katanya selepas merasmikan Persidangan Jenayah Kewangan Antarabangsa (ICFC) 2011 di sini, semalam. 

Persidangan dua hari anjuran bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Persatuan Pakar Bertauliah Anti Pengubahan Wang Haram (ACAMS) itu turut dihadiri Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar. 

Sementara itu, Ismail mengesahkan pihaknya sudah menahan seorang anggota Jemaah Islamiah (JI) mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, pada Ahad lalu di sebuah rumah di Klang, Selangor kerana dipercayai terbabit kegiatan boleh menjejaskan keselamatan negara. 
“Saya mengesahkan penahanan anggota JI ini untuk siasatan kerana percaya perbuatannya boleh membahayakan keselamatan negara dan polis akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. 

Akhbar semalam melaporkan Abdul Haris Syhuhadi, 63, ditahan di rumahnya di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor pada jam 8 malam, Ahad lalu. 

Difahamkan, penahanan Abdul Haris, seorang peniaga pakaian dibuat mengikut Seksyen 73(1), Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. 

Saturday, February 25, 2012

TEMA MINGGU 9 : JENAYAH KOLAR PUTIH

Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Disebabkan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan, jenayah kolar putih bertindan dengan jenayah korporat kerana kesempatan untuk melakukan penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, penggelapan wang,jenayah komputer, pencurian identiti, dan pemalsuan lebih mudah dibuat oleh pekerja kolar putih.

Monday, February 21, 2011

TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA

Pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO Mampu Lonjak Ekonomi Negara - PM

KUALA LUMPUR - Pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah kategori kebudayaan mampu memberi lonjakan ekonomi kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sebagai sebuah negara di mana sektor pelancongan merupakan antara sektor terpenting kepadanya, pengiktirafan ini juga pastinya begitu dinantikan oleh Malaysia.
"Saya dimaklumkan bahawa berdasarkan analisis yang telah dijalankan, sesebuah kawasan atau tapak yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, akan mencatatkan pertambahan kedatangan pelawat sehingga ke tahap 30 peratus pada tahun pertama," katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Watikah Melaka dan George town di Dataran Merdeka, di sini Sabtu malam.

Bagaimanapun, Abdullah berkata kerajaan kedua-dua negeri perlu berusaha sedaya upaya untuk melindungi tapak-tapak warisan itu.

"Ini adalah amat penting (untuk melindungi tapak-tapak warisan berkenaan) kerana kegagalan mereka untuk memastikan bahawa segala garis panduan yang ditetapkan, temasuklah perlunya kawalan terhadap pembangunan sentiasa dipatuhi, akan mengakibatkan pengiktirafan yang begitu kita usahakan ini akan ditarik balik," katanya.

Jika pengiktirafan itu ditarik balik, Abdullah berkata, ia adalah satu kerugian yang amat besar bukan sahaja kepada kedua-dua negeri tetapi juga kepada negara.

"Ingatlah, Malaysia hanya mempunyai tiga sahaja tapak warisan dunia. Justeru itu, pertahankanlah ia dengan apa jua cara sekalipun," katanya.

Sebelum Melaka dan Georgetown dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia kategori kebudayaan, Taman Negara Kinabalu (Sabah) dan Taman Negara Mulu (Sarawak) telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia kategori Tapak Semulajadi pada tahun 2000.

Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima watikah pengiktirafan secara rasmi daripada Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia.

Hishammuddin terdahulu menerima watikah pengiktirafan itu daripada wakil UNESCO, Hubert J. Gijzen.

Abdullah berharap peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dalam Bajet 2009 akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk pemeliharaan dan pemuliharaan warisan ketara dan tidak ketara di kedua-dua bandar itu.

Sementara itu, Abdullah melihat pengiktirafan Melaka dan Georgetown itu sebagai amat tepat dan bersesuaian.

"Sejarah Melaka dan Georgetown telah bermula sejak beratus tahun lamanya. Kedudukan kedua-dua kawasan ini begitu strategik iaitu di perairan Selat Melaka yang satu ketika dahulu menjadi laluan perdagangan terpenting antara Timur dan Barat.

"Kedatangan masyarakat dari serata dunia ke Melaka adalah permulaan kepada segalanya...Akhirnya Tanah Melayu menjadi sebuah negeri dengan penduduk berbilang bangsa hingga ke hari ini. Di situlah bermula sejarah Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia," katanya.

Abdullah berkata sejarah itu dengan jelas menunjukkan bahawa sejak dahulu, masyarakat di negara ini sentiasa bersikap terbuka dan mengamalkan toleransi.

"Di tanah air kita ini, sejak dari dulu lagi, masyarakat berbilang kaum dapat hidup bersama serta bebas mengamalkan adat resam dan budaya masing-masing dalam suasana penuh aman dan harmoni," kata Abdullah.

Sumber: Berita Harian

TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA

KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.

Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah.

TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA

CONTOH SOALAN:
Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini. Pada pendapat anda, perlukah usaha-usaha dilakukan untuk mempertahankan permainan tradisional ini?

PERBINCANGAN:

Kepentingan permainan tradisional

Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu, generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara.

Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta“, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, “serampang dua mata.” Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri pelancongan.

Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.

Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.” Walaupun zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi.

Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita

Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh.”

Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.” Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap permainan tradisional kita.

Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah.

Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam sambil minum air”.

Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Monday, January 17, 2011

BAHAN BACAAN PICISAN : KESAN BURUK KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA


Kadar celik huruf di kalangan penduduk Malaysia ialah 93 peratus. Namun, yang membimbangkan kita ialah sikap masyarakat, terutamanya remaja yang lebih gemar membaca bahan-bahan berbentuk picisan, iaitu bahan yang bersifat hiburan, seks, tahyul dan mistik seperti Mangga, URTV, Bacaria, Mastika dan lain-lain.

Antara kesan buruk yang timbul ialah membantutkan pembangunan negara. Kita akur bahawa pembangunan dan kecemerlangan negara hanya akan menjadi kenyataan apabila masyarakatnya berilmu. Apakah kita boleh mewujudkan masyarakat yang berilmu dengan hanya membaca bahan-bahan picisan? Dengan membaca bahan picisan, hidup mereka dipenuhi dengan aktiviti yang sia-sia, membazir dan membuang masa. Misalnya mereka sering menghadiri konsert, disko, pub, parti dan sebagainya. Sifat ini menjadikan mereka hanyut serta tiada masa lagi untuk memikirkan soal negara dan ilmu. Tanpa kesedaran ini, pembangunan dan masa depan negara diperjudikan.

Selain itu, pembacaan bahan-bahan picisan juga boleh mewujudkan pelbagai bentuk gejala sosial dalam masyarakat. Ini termasuklah kejadian rogol, sumbang mahram, bersekedudukan, bunuh, amuk, zina dan lain-lain. Gejala-gejala sosial ini mudah berlaku kerana bahan-bahan picisan telah mengeksploitasikan unsur-unsur seks, hiburan dan tahyul dalam penerbitan mereka. Aksi wanita yang mengghairahkan, hubungan bebas antara lelaki dan perempuan serta kisah-kisah peribadi yang dipaparkan telah menjadikan pembaca hilang pedoman. Bahan-bahan bacaan sebegini akan menjadikan remaja bertindak di luar kawalan. Oleh itu, tidak menghairankan apabila ada remaja yang terlibat dalam seks bebas, bohsia, bersekedudukan dan sebagainya.

Seterusnya lambakan bahan-bahan picisan di pasaran telah menyebabkan merosotnya permintaan masyarakat untuk bahan-bahan bacaan berbentuk ilmiah dan akademik. Ini terbukti apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengehadkan cetakan buku untuk sesuatu tajuk kepada 1000 hingga 3000 naskhah sahaja berbanding 3000 hingga 5000 naskhah pada era 80-an. Hal ini terjadi kerana masyarakat telah menjadikan bahan bacaan picisan sebagai alternatif. Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila majalah Mangga boleh terjual sehingga 227 290 naskhah sebulan.

Di samping itu, bahan-bahan picisan didapati telah mengeksploitasikan wanita dengan sewenang-wenangnya. Hal ini terjadi apabila majalah picisan, terutamanya telah menunjukkan wanita atau gadis jelita dengan aksi-aksi yang mengghairahkan dan menjolok mata. Misalnya ada model wanita yang mendedahkan pusat, paha, sebahagian besar dada, memakai celana mandi dan sebagainya. Hal ini tentunya tidak mans diparidang dan boleh menjatuhkan maruah wanita pada pandangan masyarakat tempatan. Di peringkat lebih luas pula, wanita yang dahulunya penuh sopan dan pemalu, kini telah dianggap sebagai objek murahan yang boleh dijual beli. Dari sini wujud pula sindiket memperdagangkan wanita.

Kesan negatif terakhir ekoran meluasnya bahan bacaan picisan di pasaran ialah menularnya kepercayaan karut dan mistik, terutamanya di kalangan pembaca remaja. Kisah mayat bangkit dari kubur, kubur berasap, keris menari, pokok berpenunggu dan ilmu-ilmu ketahanan diri begitu menarik perhatian pembaca. Hasilnya akan lahir para pembaca, terutamanya belia yang cuba mengamalkan apa-apa petua atau panduan yang dibaca dalam kedua-dua bacaan picisan in Adakalanya petua-petua yang bersifat mistik ini boleh mengganggu pemikiran pengamalnya sehingga ada yang menjadi sasar dan nanar. Hasilnya akan berlaku kejadian amuk, bunuh dan kekecohan dalam masyarakat.

Kesimpulannya, kita sebagai masyarakat alaf baru seharusnya sedar akan kepentingan memilih bahan bacaan. Membaca bahan picisan ibarat menyedut racun yang berbisa sebagai santapan. Oleh itu, pemilihan bahan bacaan berbentuk ilmiah merupakan jalan terbaik dalam membina pemikiran yang sihat serta demi kemajuan negara dan masyarakat.

BAHAN BACAAN PICISAN LEBIH DIGEMARI OLEH GOLONGAN REMAJA

Bahan picisan itu boleh ditakrifkan sebagai bahan bacaan yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pembaca. Bahan bacaan sebegini juga tidak mengandungi unsur-unsur keilmuan dan pendidikan. Bahan-bahan bacaan sebegini lebih bersifat humur, hiburan, pornografi dan keganasan. Contoh yang paling jelas dapat dilihat pada komik- komik yang mendapat pasaran yang amat luas di dalam negara kita.

Bahan-bahan picisan lebih digemari oleh golongan remaja berbanding dengan bahan bacaan kesusasteraan mahupun ilmiah. Apabila seorang remaja diberi pilihan sama ada komik- komik hiburan atau buku- buku ilmiah sebagai sumber bacaan untuk mengisi masa lapang, remaja tersebut akan memilih komik- komik hiburan.

Komik- komik hiburan yang boleh diklasifikasikan sebagai bahan-bahan picisan adalah lebih digemari oleh golongan remaja berbanding dengan bahan bacaan kesusasteraan ataupun ilmiah. Remaja acapkali membeli bahan-bahan picisan ini dan mengidentifikasikan bahan-bahan picisan ini sebagai sesuatu yang seronok dan memberi kepuasan kepada mereka. Sumber bacaan melalui bahan ilmiah pula sering dianggap membosankan dan remeh-temeh bagi mereka. Bahan-bahan picisan boleh dicirikan melalui harganya yang murah, ilustrasi yang menarik dan bahasanya yang berslanga dan tidak menepati ciri- ciri tatabahasa yang baik. Bahan-bahan picisan ini walaupun dianggap sebagai sesuatu yang remeh- temeh, tetapi akan meninggalkan impresif kepada banyak pihak terutamanya kepada diri, masyarakat dan negara.

Faktor yang jelas dapat dilihat pada keadaan bahan-bahan picisan itu sendiri yang mempunyai ilustrasi gambar yang menarik dan berwarna- warni sedangkan pada bahan-bahan ilmiah hanya terdapat warna hitam dan putih sahaja. Keadaan ini sangat berbeza, memandangkan ilustrasi yang boleh ditakrifkan sebagai visual lukisan atau lakonan yang diadaptasikan ke atas kertas dengan cara yang berteknik dan menarik perhatian, adalah amat penting dalam menarik minat remaja untuk membelinya. Sudah menjadi lumrah manusia, meminati sesuatu yang berbeza daripada sesuatu yang lain, yang mempunyai variasi dari segi bentuk dan warna, dan semua itu terkandung dalam bahan-bahan picisan. Contohnya, komik- komik seperti Utopia, Ujang, Mangga dan sebagainya mencatatkan bilangan pembaca yang begitu tinggi berbanding dengan bahan-bahan ilmiah.

Kos pembelian turut mempengaruhi minat remaja untuk membeli bahan-bahan picisan. Harga bahan-bahan picisan adalah lebih murah berbanding dengan bahan ilmiah. Harga untuk bahan-bahan picisan hanyalah sekitar RM3- RM5, tetapi untuk bahan-bahan ilmiah, ada yang mencecah ratusan ringgit. Hal ini adalah membebankan remaja yang rata-ratanya masih bergelar pelajar dan tidak bekerja. Jadi, apabila ada yang murah, tentulah mereka akan membeli yang murah. Kesannya, bagi mereka yang ingin membeli buku ilmiah terpaksa mencari wang yang lebih jika ingin mendapatkan bahan-bahan ilmiah. Hal ini akan mengganggu konsentrasi pembelajaran mereka.

Tidak dinafikan oleh masyarakat kita, ibu bapalah yang mencorakkan kain putih kehidupan anak- anaknya. Jika sedari kecil lagi, remaja sudah dihidangkan dengan unsur-unsur ini maka tidak hairanlah mereka turut mewarisi tabiat ini. Contohnya, bagi ibu bapa yang menjual bahan-bahan picisan ini, risiko untuk anaknya menggemari bahan-bahan picisan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan anak- anak kepada seorang guru. Implikasinya, remaja akan terikut-ikut dengan gaya bahasa dan idea yang terkandung dalam sesebuah komik yang kebanyakannya memberi nilai negatif kepada remaja. Hal ini akan membawa keburukan kepada pemikiran dan tingkah laku pemangkin negara kita.

Fenomena ini jika dibiarkan secara berterusan akan membawa impak yang buruk terhadap banyak pihak. Pelbagai kemungkinan yang bakal timbul bukan sahaja meninggalkan kesan kepada individu itu sahaja, malahan tempiasnya juga akan melanda keluarga, masyarakat, negara, mahupun ke peringkat globalisasi.Akibat yang paling jelas dapat dilihat pada kesan jangka panjang ialah masa depannya sendiri. Kebarangkalian untuk remaja itu berjaya menjawat jawatan yang tinggi pada masa akan datang adalah amat tipis jika mereka tidak berusaha untuk mengubah sikap mereka sedari dari awal lagi. Perkara sebegini hanya meninggalkan kesan yang buruk sahaja kepada individu itu sendiri, malahan turut melibatkan nama keluarga. Contohnya, mereka yang lebih gemar membaca bahan ilmiah berkemungkinan tinggi untuk menjawat jawatan doktor berbanding dengan remaja yang gemar membaca bahan picisan sahaja, mungkin hanya menjawat sebagai kerani sahaja.

Pelbagai implikasi dapat dikesan dari sudut aspek sosial di negara kita berhubung fenomena ini. Lantaran itu ianya lebih merupakan satu aspek yang begitu penting untuk dititikberatkan kerana bahan-bahan picisan lebih membawa pengaruh negatif kepada diri remaja. Remaja mungkin akan meniru aksi-aksi yang terkandung dalam bahan picisan itu. Contohnya adegan pergaduhan. Sebagai remaja, mereka sentiasa berkeinginan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah mereka lakukan, mereka sentiasa ingin mencuba. Maka akibat ini akan menjejaskan hubungan sosial masyarakat. Gejala sosial juga akan menjadi bertambah tenat dengan kewujudan bahan-bahan picisan yang tidak bermoral ini.

Masyarakat Melayu kita kaya dengan peribahasa. Salah satu peribahasa itu ialah “salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali”. Segala kekurangan dan kelemahan yang kita ada ini, haruslah diperbaiki dengan mengambil langkah- langkah positif. Paling utama ialah menaikkan taraf bahan-bahan ilmiah; yakni kita perlu ada strategi yang boleh menarik minat remaja. Kita perlu merancang promosi besar-besaran bagi memberi maklumat tentang kemunculan produk keluaran baru bahan ilmiah dan mengurangkan sedikit kos pembeliannya. Pengimplimentasian promosi ini janganlah pula dilaksanakan secara “hangat-hangat tahi ayam”.

Proses pelaksanaannya perlulah dilakukan secara konsisten. Contohnya, penerbit bahan-bahan ilmiah ini boleh menyertakan sekali peraduan-peraduan tertentu di dalam buku-buku ilmiah mereka yang dijual. Natijahnya, remaja akan berminat untuk membeli dan akan menyebarkan hal ini kepada rakan- rakannya untuk membeli bahan-bahan ilmiah yang menarik ini.

Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang berkesan dan peka terhadap diri anak-anak. Mendidik anak-anak janganlah “seperti melepaskan batuk di tangga”. Ibu bapa sepatutnya sedar bahawa anak itu adalah amanah Allah yang perlu dididik dengan baik. Tambahan pula, anak itu merupakan generasi yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Contohnya, ibu bapa yang bertanggungjawab akan dianugerahi gelaran “ibu mithali” atau “ bapa mithali” yang dianjurkan oleh persatuan- persatuan tertentu. Penganjuran peraduan ini dapat membantu menggalakkan semangat ibu bapa untuk mendidik anak- anak dengan betul, sekaligus dapat menghalang anak- anak daripada terus terjebak dengan bahan-bahan picisan.

Selain daripada faktor itu, pihak penerbit seharusnya berfikiran inovatif untuk menceriakan keadaan buku ilmiah. Inisiatif ini penting dalam menarik minat remaja untuk membacanya. Cara ini boleh diatasi dengan mewarnakan ilustrasi buku tersebut. Contohnya seperti buku- buku teks kini yang lebih berwarna- warni dan mampu menarik minat pelajar untuk membacanya seperti buku teks Sejarah tingkatan 4 dan 5.

Remaja-remaja kita pada hari ini seharusnya sedar dan bersyukur dengan kemudahan yang ada. Bahan-bahan picisan itu asalnya dari Barat. Barat pernah menjajah kita pada suatu ketika dahulu. Hidup jangan berkiblatkan Barat. Merujuk kepada kata Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Badawi, beliau menyebut pembangunan fizikal dan rohani mestilah seiring dan sejalan. Jangan biarkan kemudahan prasarana kita berada di kelas pertama, tetapi pemikiran minda kita di kelas ketiga. Oleh sebab itu, remaja seharusnya sedar di takuk manakah mereka berada kini.

BAHAN BACAAN PICISAN JEJAS USAHA LAHIR MASYARAKAT BERILMU

PENERBITAN, pengedaran dan penjualan bahan bacaan seperti buku, majalah, tabloid dan komik yang mengandungi unsur tahyul, khurafat serta kandungan yang bercanggah dengan akidah masih banyak di pasaran.

Bahan penerbitan picisan ini mendapat permintaan di kalangan pembaca, khususnya generasi muda disebabkan harganya murah dan mudah diperoleh, terutama di kedai kaki lima.
Mengikut Bahagian Tapisan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari Januari hingga April lalu, lebih 12 buku yang memesong akidah dan mengelirukan masyarakat Islam dikesan berada di pasaran tempatan.
Pada 2003 pula lebih 40 buku dikemukakan bahagian berkenaan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk diharamkan.
Dengan perakuan itu, KKDN mengharamkan 35 penerbitan sepanjang 2003 selepas didapati melanggar Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984 (Pindaan) 1987. Bahan itu didapati menerbit atau menyiarkan bahan yang menyalahi garis panduan serta permit yang dikeluarkan KKDN.
Dari satu segi, keadaan ini secara tidak langsung memperlihatkan sikap sambil lewa penerbit atau penulis dalam mematuhi arahan pihak berkuasa berhubung kandungan bahan bacaan.
Dari sudut lain, ia menggambarkan sikap penerbit yang tamak meraih keuntungan daripada melunaskan tanggungjawab menerbitkan buku yang dapat membina minda masyarakat.
persoalannya, wajarkah perkara ini dibiarkan berleluasa, pada hal keburukan daripada bacaan bahan itu amat serius terhadap pembangunan minda masyarakat.
Kini ada pelbagai peraturan dan garis panduan, di samping beberapa akta dan enakmen negeri bagi menghalang mana-mana individu atau penerbit daripada menyiarkan sesuatu bahan penerbitan menyalahi ajaran Islam.
Kesalahan ini bukan saja menyalahi undang-undang sivil, malah enakmen jenayah syariah setiap negeri memperuntukkan bentuk kesalahan dan hukuman kepada sesiapa melakukan kesalahan sedemikian.
Seksyen 16, Enakmen Jenayah Syariah Selangor umpamanya menjelaskan, mana-mana orang yang mencetak, menyiarkan atau memiliki bahan bertentangan dengan Islam, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara selama dua tahun.
Jelas, undang-undang sedia ada mencukupi bagi mengawal mana-mana pihak terutama penerbit dan penulis daripada menyiarkan bahan yang menyalahi hukum Islam.
Bagaimanapun, penguatkuasaan yang lemah menyebabkan buku dan majalah berkenaan berleluasa.
Di pasaran terbuka saja, tidak kurang daripada puluhan bahan penerbitan seumpamanya ini dalam versi Melayu diterbitkan setiap bulan.
Itu belum termasuk bahan penerbitan yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa dan dijual di pasaran gelap.
Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai buku sekitar Lembah Klang mendapati, masih banyak buku mengandungi unsur negatif seperti tahyul, khurafat dan seks dijual secara berleluasa.
Paling mengejutkan, beberapa judul buku yang pernah diharamkan KKDN dijual, manakala penjual seolah-olah langsung tidak mengambil kisah mengenai status buku ini.
Penulis juga sempat membeli buku `Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik� yang diharamkan KKDN pada 1994 di sebuah kedai buku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Buku yang ditulis Kassim Ahmad itu walaupun kulitnya lusuh, namun kandungannya berupaya memesongkan akidah pembaca terhadap kesahihan hadis Rasulullah.
Keadaan ini menimbulkan pelbagai persoalan terhadap tahap penguatkuasaan serta kenapa ia boleh dijual seolah-olah tidak ada sebarang sekatan.
Dalam pada itu, difahamkan masalah ini berlaku berpunca daripada proses pewartaan pengharaman oleh KKDN yang kurang berkesan.
Ada kes di mana Bahagian Kawalan Penerbitan KKDN mengambil masa lebih lima tahun untuk mewartakan pengharaman sesebuah buku, meskipun ia diperakui haram oleh Jakim.
Justeru, sebelum proses pewartaan haram siap sepenuhnya, buku itu akan berada di pasaran hinggalah ada hitam putih daripada KKDN mengenai pengharamannya.
Kerenah birokrasi dan kelemahan penguatkuasaan ini hendaklah segera di perbaiki demi memastikan minda masyarakat terhindar daripada ilmu songsang yang amat dicela agama.
Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Zakaria Stapa, berkata buku dan majalah sebegini lebih banyak mendatangkan keburukan dan secara tidak langsung akan merosak minda generasi muda masa kini.
Katanya, bahan bacaan yang tidak bernilai ini sebenarnya hanya mendatangkan akibat negatif kepada sosiobudaya dan menimbulkan keresahan kepada masyarakat, terutama ibu bapa mengenai pemikiran anak mereka.
Malah katanya, tidak keterlaluan jika dikatakan bahan sedemikian memberi sumbangan terhadap keruntuhan moral dan akhlak, di samping menggalakkan lagi kepercayaan terhadap perkara syirik, khurafat serta tahyul.
�Usaha melahirkan masyarakat berilmu mungkin tidak akan tercapai jika pola pembacaan di kalangan masyarakat masih tertumpu pada bahan yang tidak berfaedah, apatah lagi membantu perkembangan intelektual generasi muda.
�Kita amat khuatir suatu masa nanti, perkara khurafat yang amat ditegah agama akan menjadi satu kepercayaan amat menebal dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat.
�Kini pun ada yang percayakan bomoh hinggakan banyak kes menunjukkan mangsa sanggup menyerahkan tubuh mereka kepada bomoh,
�Keadaan ini menggambarkan sikap segelintir masyarakat kita yang tidak tahu menilai mana amalan yang dibenarkan agama atau sebaliknya,� katanya.
Dr Zakaria tidak menafikan, kini timbul trend baru dalam penerbitan buku dan majalah yang tertumpu pada persoalan ditegah agama atau membabitkan persoalan akidah.
Umpama, kata beliau, sesuatu hukum yang sudah disepakati ulama sebagai haram masih dipersoalkan oleh segelintir penulis kononnya untuk menggalakkan masyarakat berfikir.
Hakikatnya, beliau berkata, persoalan seperti aurat, azab kubur, hari kiamat dan perkara ghaib lain tidak perlu lagi dipertikaikan kerana ia sudah disepakati oleh ulama muktabar.
Dr Zakaria tidak menolak ada segelintir penulis di negara terpengaruh dengan corak pemikiran golongan orientalis yang mahu memesongkan akidah umat Islam.
Malah katanya, dalam soal keimanan kepada perkara ghaib, aspek logik tidak sepatutnya membatasi ketetapan hukum kerana dengan akal semata-mata, manusia akan terpesong daripada landasan kebenaran.
Selain penguatkuasaan beberapa langkah agresif hendaklah diambil termasuk meningkatkan lagi kempen membaca di kalangan masyarakat.
�Kempen membaca bahan bacaan ilmiah perlu diperhebatkan agar semua pihak dapat mengambil langkah bijak dengan selalu membaca bahan bacaan berfaedah,� katanya.
�Ia sekali gus akan melahirkan budaya membaca yang baik sama ada kepada masyarakat atau generasi akan datang.
�Bahan bacaan berbentuk ilmiah dapat menjamin dan menepati piawaian bagi membentuk pertumbuhan minda sihat dan jiwa murni,� katanya.

(Sumber : Berita Harian (22/06/2004) )

Thursday, April 29, 2010

PROGRAM KANAK-KANAK

Program kanak-kanak tempatan yang disiarkan dalam media massa tempatan masih berkurangan jika dibandingkan dengan program yang diimport. Program seperti "Along Bijak" sangat sesuai untuk perkembangan kanak-kanak tempatan. Bincangkan

BAKAT REMAJA DALAM MALAYSIA IDOL

Rancangan "Malaysia Idol" telah mempamerkan bakat remaja dalam dunia nyanyian. Program ini dikatakan lebih berkualiti berbanding program SMS tempatan yang lain dan merupakan satu program tempatan yang membantu remaja. Huraikan kesan program tempatan seperti "Malaysia Idol" kepada golongan remaja pada masa kini.

KEBEBASAN MEDIA MASSA

"Kebebasan media massa banyak membawa kebaikan kepada kemajuan negara. Sungguhpun begitu, kita tidak boleh alpa kerana terdapat kesan mudarat yang boleh berlaku akibat kebebasan yang tidak terbatas." Pada pendapat anda, mengapakah kebebasan media massa perlu dipantau dan nyatakan langkah-langkah yang baik untuk memastikan kebebasan media tidak disalahguna.

Tuesday, April 27, 2010

PROGRAM TELEVISYEN REALITI (KUMPULAN 2)

Program Televisyen Realiti ketepikan nilai Timur. Bincangkan

PROGRAM TELEVISYEN REALITI (KUMPULAN 1)

Soalan:
Akhir-akhir ini program televisyen realiti semakin banyak ditayangkan melalui saluran televisyen yang terdapat di negara ini. Timbul berbagai-bagai tanggapan dalam kalangan penonton yang menyatakan rancangan ini tidak patut diadakan kerana bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. Bincangkan

Monday, January 18, 2010

KENAIKAN HARGA BARANG

KUMPULAN 2

Soalan : Setiap kali menjelang musim perayaan, harga barang keperluan akan melambung tinggi. Bekalan bahan makanan dan barangan juga kekurangan. Bincangkan peranan masyarakat dalam membendung masalah ini.

Cadangan Jawapan

CETI HARAM DAN ALONG

KUMPULAN 1

Soalan : Walaupun faedah yang sangat tinggi dikenakan oleh ceti haram atau Along, banyak pihak masih tidak serik mencari khidmat along untuk menyelesaikan masalah kewangan. Bincangkan.

Cadangan Jawapan

Saturday, September 12, 2009

SOALAN SEBENAR STPM TAHUN 2007

STPM 2007
KERTAS 2 (LARAS SASTERA)

1. Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan

2. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada msa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.

SOALAN SEBENAR STPM TAHUN 2008

STPM 2008
KERTAS 2 (LARAS SASTERA)

1. Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.

2. Kesepaduan sektor pelancongan dengan alam semula jadi telah mencetuskan aktiviti pelancongan yang dapat memberikan manfaat kepada negara. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan aktiviti ini berterusan. Bincangkan penyataan ini.

SOALAN DAN JAWAPAN : SUMBANG MAHRAM

Apakah maksud sumbang mahram?

Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam.
Contoh:
Hubungan jenis antara remaja dengan ibubapa mereka, adik beradik, ibubapa saudara, datuk dan sebagainya. Kini, sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial.

Apakah faktor-faktor sumbang mahram? Dapatkan maklumat lanjut dalam komen di bawah.

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : PELANCONGAN

1. Sektor pelancongan penting untuk membantu pembangunan ekonomi negara kita. Agensi-agensi kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke Malaysia. Huraikan langkah-langkah yang harus diambil untuk memajukan industri pelancongan.